Nampak gayanya salah seorang pimpinan kanan Barisan Nasional yang memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Yb Dato' Seri Kong Cho Ha sudah tidak dapat berfikir dengan bijak....!
Tindakan bodoh dan bangangnya membuka ruang yang sangat luas untuk menyaksikan BN tewas pada Pilihanraya ke 13 nanti dan berpeluang untuk Pakatan Pembangkang menzahirkan impian menawan Putrajaya.
Dalam kemelut membicarakan isu kamera AES, Kong Cho Ha masih mahu menegakkan benang yang basah. Beliau tidak mahu "give in" langsung dengan keluhan rakyat secara keseluruhan...
Malam tadi tersiar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat
agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang
dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.
Tak sangka bodoh juga pemikiran seorang yang bertaraf Menteri... Jangan cuba mencabar rakyat! Apakah beliau lupa "kuasa rakyat" menyaksikan BN tewas 5 negeri pada PRU 2008, dan BN juga hilang majoriti 2/3.
Ketika itu rakyat marah dengan kenaikan harga barang, lebih lebih lagi harga petrol yang melonjak naik beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan.....
Kupasan seterusnya, klik SINI
Apa yang tak kena nya dengan komen menteri tu ??? Apasal rakyat nak membantah ??? Yang membantah ni semuanya memang bangang bangang yang selalu melanggar undang undang trafik. Aku setuju dengan penguatkuasaan undang undang ni. Dah semakin banyak pemandu BIADAP diatas jalan jalan kat Malaysia ni. Kerana pemandu pemandu biadap ni lah jumlah kemalangan yang semakin meningkat dan sukar dikawal. Awak mungkin tak setuju sebab belum kena batang hidung sendiri atau kaum keluarga tersayang yang maut dek pemandu biadap diatas jalan. Kerajaan mesti bertegas dan jangan tunduk walaupun diugut pada PRU yang akan datang.
ReplyDeleteKalau komen lebih lebih nanti kelihatan kita menghentam BN pula, terutama PM Najib, kerana ini ada lah keputusan Kabinet. Tapi Menteri Pengangkutan yang seorang ini - DS Kong Cho Ha - sangat kelihatan bodoh dengan isu AES ini. Langsung tidak sensitip dengan isu yang melibatkan rakyat secara keseluruhan, tanpa mengira fahaman politik mereka. Kalau mejoriti telah menyuarakan bantahan, mesti ada sebabnya. Tak boleh lah bawa rakyat 'berperang' dengan isu ini atau Kerajaan bersikap seperti babi hutan yang menyondol ubi kayu..tidak peduli kiri kanan yang penting dapat makan ubi.Kabinet kena teliti perkara AES ini semula. Kenapa BN sudah bersedia untok 'hilang majoriti' gara gara Menteri yang tersengih macam cicak makan kapur ini?
ReplyDeleteSuara rakyat seharusnya menjadi keutamaan khususnya dlm soal-soal seperti pelaksanaan AES ini..Namun tindakan wakil2 kerajaan dan sikap menteri yg bertanggungjawab kadang kalanya boleh menyebabkan perjuangan seluruh angkatan pro BN selama ini bagi meyakinkan rakyat bahawa BN adalah yg terbaik mampu terhakis semuanya kerana sikap seperti yg ditunjukkan oleh menteri pengangkutan..Harap pihak kerajaan melihat semula kaedah dan pelaksanaan sistem tersebut suapay kedua-dua pihak mendapat manafaat yg sewajarnya..Salam perjuangan mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeletemohon maaf jika tersalah.. bro lu punya kenyataan pada perenggan akhir tu salah bro.. minyak naik mendadak hingga RM2.70 tu lepas PRU12 bro..
Fairuz
from taiping to keningau.