Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyiasat dakwaan lagu
‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor menyentuh sensitiviti penganut
agama lain di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha memberitahu mStar Online bahawa Jabatan itu mengambil perhatian terhadap gesaan segelintir pihak yang meminta siasatan dibuat berhubung perkara itu.
“JAKIM sedang menyiasat mengenai dakwaan itu sama ada ia benar atau
tidak dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.
“Kami juga akan membuat penelitian secara telus mengenai sumber, sasaran dan tujuan lagu berkenaan sewajarnya,” katanya.
Beliau mengulas mengenai gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi yang menggesa Jakim
supaya menyiasat lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor itu.
Othman menambah, siasatan yang dilakukan oleh Jakim bertujuan untuk
memperoleh pengesahan sebenar bagi mengelak kekeliruan masyarakat
terutama umat Islam di negara ini.
Dr Mohd Puad
dipetik sebagai berkata lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana
bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain
yang mungkin menganggapnya sensitif.
"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut
`setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah
(takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga
begitu.
"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan
`Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang
faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap
suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu,”
katanya.
Selain Jakim, Dr Mohd Puad turut mengesa siasatan yang sama dilakukan
oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan.
Ulasan dan kupasan mengenai isu kontrovesi ini boleh dibaca di SINI
No comments:
Post a Comment