Thursday, October 20, 2011

Nasruddin Hassan At-Tantawi Wajib MufaraQah Dari Pas....!!


Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menegaskan bahawa Dewan Pemuda serta Pas Pusat menyokong usaha murni pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Akidah yang dijadualkan pada 22 Oktober ini.

Kata Nasrudin, sokongan itu adalah hasil keputusan bersama mesyuarat Pas mengenainya yang turut dihadiri beliau.

"Sebagaimana yang Ketua Pemuda sebut sebelum ini, tidak ada apa-apa masalah antara saya dengan keputusan Pas Pusat, sama sahaja.

"(Begitu pun), DPPM (Dewan Pemuda Pas Malaysia) tidak terlibat dari awal atas nama parti politik sebab itu (Himpun) adalah himpunan NGO muslim," katanya dalam satu komen balas di laman sosial Facebooknya hari ini.

Nasrudin memberikan komen itu bagi membalas pertanyaan rakan Facebooknya yang keliru dengan pendirian DPPM berhubung penganjuran Himpun kerana dilihat bertentangan dengan pendirian Pas Pusat. Ini kerana Pas pada mesyuarat lajnah politik parti itu semalam membuat pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program, sementelah majlis itu juga tidak melibatkan parti-parti politik.

Nasrudin dalam satu kenyataan seperti yang tersiar di laman blog Pemuda Pas di http://pemuda.pas.org.my juga berkata, DPPM memberikan sokongan 200 peratus kepada usaha NGO-NGO Islam bagi menjayakan 'Himpunan Sejuta Ummah' itu.

No comments:

Post a Comment