Sunday, October 16, 2011

Betullah Tu..!! Wanita Memang Tak Suka Lelaki Yang "Lemah..."

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Grik turut membidas BN, yang disertai parti itu pada 1973, dengan mendakwa ia gagal belajar daripada pilihan raya umum lepas.

Katanya, kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 tidak menjadipengajaran kepada kepimpinan parti-parti komponen dalam BN.

Malah, tegasnya, semangat permuafakatan "hanya dibibir saja".

Ini, katanya, ialah kerana ahli gabungannya angkuh, begitu tamak hingga merebut kerusi sesama sendiri serta bergaduh dan mensabotaj antara satu sama lain.

Beliau kemudiannya menggesa kepimpinan semua parti komponen supaya membiarkan pucuk pimpinan BN membuat keputusan mengenai "calon yang mampu menang".

No comments:

Post a Comment