Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya
menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh
menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu
dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai
waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada
1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan
merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II,
seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk
melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang
ketika itu dikenali sebagai
Borneo Utara, kepada British North Borneo
Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja
kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut
salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja,
beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran
penyerahan wilayah berkenaan.
“Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak
meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti
daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu,
sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke
mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak
menerima bayaran tahunan itu,” kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie,
membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu,
bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan
bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh
perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan
secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal
Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang,
Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri
Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
“Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai
waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu,” kata
sumber berkenaan.
No comments:
Post a Comment