Thursday, March 21, 2013

Jackyln Victor Bersama Penerbit Dokumentari Teoh Beng Hock Yang Mendapat Tayangan Di DOHA....

Nampaknya usaha untuk memburukkan nama kerajaan Malaysia oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang tidak pernah reda..., tak akan surut...!

Tricia Yeoh [gambar atas, sebelah Haris Ibrahim Pengasas ABU], sebuah nama yang agak besar dikalangan pimpinan Pakatan Pembangkang. Baru baru ini pada 21 Februari 2013, wanita berusia 38 tahun ini telah dilantik sebagai Research Director untuk sebuah Badan Pemikir Bebas yang diberikan nama Institut Rakyat.

Kematian Teoh Beng Hock telah menjadi modal seumur hidup untuk juak juak Pakatan Pembangkang menyerang institusi kerajaan kita.

Tricia Yeoh telah bekerja keras untuk membawa kisah kematian Teoh Beng Hock ini mendapat tontonan negara luar... Untuk tujuan apa...?

Pagi tadi menerusi laman sosial facebook Tricica Yeoh, beliau memaklumkan bahawa video dokumentari hasil tangannya berjudul "The Rights of The Dead" kisah Teoh Beng Hock telah diterima ke peringkat akhir Al Jazeera International Documentary Film Festival yang akan diadakan di Doha, Qatar sekitar bulan April 2013.

[Tricia yang kini sedang dirawat di hospital memberitahu beliau terpaksa menggunakan tangan kiri untuk update status tersebut..., mungkin tidak sabar untuk menyampaikan khabar berita gembira buat dirinya itu]

Apakah masih belum selesai lagi kisah kematian Teoh Beng Hock ini...? 

Pakatan Pembangkang tidak boleh terima hakikat bahawa mendiang Setiausaha Politik kepada Adun Seri Kembangan iaitu Ean Yong Hian Wah sebenarnya telah terjun bangunan kerana bunuh diri...? Bunuh diri kerana terlalu tertekan, terlampau banyak perkara yang perlu dirahsiakan....

JOM tonton dokumentari ini yang berjaya layak ke peringkat akhir International Documentary Film Festival;

1 comment:

  1. Klu artis yang sokong kerajaan teruk kena belasah sampai berenti keje...Si Jacklyn Victor ni bukan pertama kali buat hal..Klu kena kat puak ngong ni takpe ke..konon atas nama kebebasan lah..
    Sayonara Jacklyn...

    ReplyDelete