Saturday, March 9, 2013

UPDATES Lahad Datu - Anwar Cuci Nama Guna Bapak Saiful... Hanya Perlu BAYAR Dan Buat Kenyataan

GAGAL...! Iya Anwar gagal untuk alihkan isu sebenar...

Lapan anggota keselamatan terkorban, tujuh diantaranya adalah umat islam berbangsa melayu. Lapan keluarga kehilangan ayah dan suami...!

Tiba tiba bapa Saiful muncul untuk mencuci najis Anwar, salah satu usaha untuk rakyat Sabah memaafkan dosa dosa Anwar. Semuanya kerana Wang Besar.

Kenapa setelah 5 tahun, baru sekarang bapa Saiful mahu menjaja cerita kunuuunnya anak beliau telah dipergunakan. Nampak jelas bapa mangsa liwat yang bernama Azlan Mohd Lazim mengemis Wang Besar dan ianya cukup mudah untuk dilaksanakan kerana Anwar sanggup berbelanja demi kelangsungan politik kotor dirinya itu.

Kita juga boleh persoalkan kenapa Azlan berada disebelah anaknya sewaktu upacara melafazkan Sumpah Laknat didalam masjid...? Hanya kerana Wang Besar, seorang bapa sanggup dan tergamak untuk mempercayai Peliwat Tegar yang takut bersumpah..., sedangkan anaknya sendiri sudahpun bersumpah, malah ianya adalah Sumpah Laknat.

Dalam sidang akhbar di pejabat peguamnya semalam, Mohd. Saiful yang turut bersumpah dengan nama Allah menegaskan dia tidak akan sesekali berganjak daripada dakwaannya ke atas Anwar dan menyifatkan kenyataan terbaharu bapanya itu adalah akibat kerakusan politik Anwar.

Beliau juga percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.

Mohd. Saiful yang ditemani peguamnya, Zamri Idrus tampil tenang sepanjang sidang akhbar selama kira-kira 20 minit itu namun sesekali sebak terutama ketika menjawab soalan berkaitan tindakan mengejut bapanya, yang dikemukakan oleh ramai pemberita yang hadir.

"Kepada Anwar, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

"Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau dan walau apapun berlaku, saya yakin kepada Allah. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun," katanya.

Keterbukaan Mohd. Saiful dan Zamri mengadakan sidang akhbar itu dengan turut menjemput media arus perdana serta portal-portal propembangkang nyata berbeza dengan sidang akhbar Azlan pagi ini yang dilakukan secara tersembunyi dengan menjemput hanya segelintir media pro Pembangkang.


Dalam sidang akhbar itu, Azlan antaranya memberitahu, dakwaan Anwar pernah meliwat Saiful merupakan satu fitnah, dan seterusnya tanpa semena-mena menyatakan sokongannya supaya Anwar dan pakatan pembangkang akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Saiful mendedahkan, sebelum tindakan mengejut bapanya itu hari ini, beberapa ahli keluarganya juga pernah didatangi beberapa pihak bertujuan mengganggu-gugat perjalanan kes liwat Anwar tersebut namun dia terpaksa merahsiakan nama ahli keluarga dimaksudkan.

Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan bapanya malam tadi melalui telefon dan dia langsung tidak membincangkan kes liwat tersebut dan selepas mendapat tahu mengenai sidang akhbar Azlan, telefon bapanya gagal dihubungi kerana telah dimatikan.

Oleh itu, Mohd. Saiful merayu Azlan untuk kembali ke jalan yang benar kerana bapanya secara terang-terangan mengetahui Anwar bersalah.

"Dia ada bersama saya setiap kali perbicaraan di mahkamah, mengutuk Anwar dan selepas keputusan Mahkamah Tinggi, ayahlah yang terkehadapan membuat sidang akhbar bagi mendesak Peguam Negara merayu kes tersebut, dia di barisan hadapan.

"Walau apapun yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya. Silaturahim kita tidak akan terputus kerana walau apapun yang berlaku, saya masih maafkan dia," katanya.

Sementara itu, peguamnya, Zamri Idrus yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut menafikan dakwaan Azlan mengenai penglibatan seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri dalam menyediakan 'skrip' perjalanan perbicaraan liwat membabitkan Anwar tersebut.

"Kita amat terkejut dengan tindakan Azlan. Seperti Saiful katakan, Saiful percaya ini didalangi pihak tertentu. Kalau pihak yang bersama Azlan pagi tadi adalah pihak yang neutral bukan dibayangi mana-mana parti politik, tetapi ingatlah pagi tadi, siapa di belakang Azlan?," katanya.

Dalam sidang akbar tertutup Azlan itu, dia turut ditemani oleh Ahli Majlis Perwakilan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Abdul merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment