Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
analisis komunikasi politik menunjukkan sokongan terhadap parti
berasaskan agama termasuk Islam, Hindu, Kristian dan Yahudi tidak
bertahan lama setelah rakyat menyedari parti-parti tersebut sebenarnya
cuma 'menunggang' agama untuk meraih kuasa politik.
"Cuba kita tengok Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang
berasaskan fahaman Hindu dapat peluang memerintah selama sepenggal,
tetapi akhirnya ditolak oleh penganut Hindu di India kerana mereka hanya
memainkan agama untuk mendapat kuasa politik.
"Sama juga dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila PAS mahu
melaksanakan hudud dan mengubah Perlembagaan kepada Perlembagaan Islam
sepenuhnya, tetapi selepas tiga empat hari, mereka tarik balik,"
katanya.
Oleh yand demikian, Parti seperti PAS yang menggunakan agama untuk kepentingan politik
akhirnya akan ditolak oleh rakyat seperti yang berlaku di negara-negara
lain.
No comments:
Post a Comment