Thursday, February 14, 2013

PAS Perlu Ditolak Kerana Sokong Anwar Ibrahim....!!

Menurut Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, PAS perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam," katanya.

Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin PAS seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu Perdana Menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Artikel Penuh - SINI

No comments:

Post a Comment