PKR Selangor masih belum yakin dapat mengekalkan 9 kerusi Parlimen yang
ditandingi sebelum ini. Kekuatan Pas juga masih di bawah par.....
Jika ini
berlaku, dan memberi kesan kepada undian di peringkat DUN, ada
kemungkinan DAP akan menjadi lebih berkuasa berbanding PKR. Jangan kita
lupa, DAP tanding di 15 DUN (menang 13). Kali ini DAP yakin mendapat 100
% dan menang semua kerusi DUN.
Berita yang kita terima, PKR hanya dapat berikan angka 6 kerusi putih
dan 5 kelabu. Makna kata, 11 sahaja di bawah radar berbanding 15 sebelum
ini. 2008, PKR tanding di 20 kerusi.
Banyak faktor kepada kedudukan kerusi putih dan kelabu yang kecil ini.
Sebab utamanya adalah pertembungan seteru, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.....
Faktor calon jadi penentu. Azmin sudah membisikkan banyak kali kepada
Anwar, jika dia diberikan lesen besar untuk tentukan calon, PKR boleh
confirm menang di 13 kerusi (semua putih – asalkan calonnya ditentukan
oleh Azmin).
PAS, menurut jangkaan Anwar dan PKR, hanya mampu kekal di 4
kerusi berbanding 8 pada ketika ini. PAS sekali lagi jadi parti paling
lemah dalam PRU akan datang, dalam konteks negeri Selangor.
Mana Menteri Besar yang berani adakan pilihanraya DUN kalau setakat mampu menang 6 kerusi untuk parti sendiri...? Tidak ada logik.
Sebab itu, tekanan supaya DUN Selangor mengumumkan pembubaran awal
adalah idea Azmin – supaya dia diberikan HAK MUTLAK menentukan senarai
calon di Selangor. Khalid – sudah tentu jadi sejarah di Selangor.
Azmin mahu kuasa penuh dalam menentukan calon, atau PKR akan muncul sebagai......, [baca seterusnya disini]
No comments:
Post a Comment