Thursday, November 29, 2012

Pengundi Muda Jadi Penentu PRU Ke 13

Jumlah pengundi muda seramai 5.9 juta orang dijangka menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu merupakan pecahan daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi berdaftar di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 2.4 juta pengundi terdiri daripada mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun dan kali pertama mengundi. Mereka ini terdiri daripada kumpulan profesional dan separa profesional yang akan menjadi faktor penentu kemenangan.

"Jadi, amat penting untuk mendekati golongan ini melalui pelbagai pendekatan bagi mendapatkan sokongan sama ada secara bersemuka atau melalui media sosial,"katanya kepada Utusan Malaysia.

Wednesday, November 28, 2012

Pas Kena Banyak Belajar Dari Umno...!!

Kebijaksanaan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum.

Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera.

''Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,'' katanya. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.

''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

''Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya. Sehubungan itu, beliau menegaskan, hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, MCA, MIC dan bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.

Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia didalangi oleh Pas dan DAP, yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.

''Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN,'' katanya.

Hakikatnya, tegas Muhyiddin watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju, sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Tuesday, November 27, 2012

Melayu Dan Islam Akan Musnah....! Siapa Dalangnya...??

Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai 'political suicide' bagi Nuruk kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.

Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk ?Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?

Jawapan Nurul, "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." pertama kali dimuatturun oleh portal berita Malaysiakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian  dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Malaysiakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah.

Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.

Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.

Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan 'kesalahan' bukannya Utusan Malaysia tetapi Malaysiakini seperti pepatah Melayu, "lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah."

Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.

Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.

Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.

Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri!

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.

Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Pakatan Rakyat jika mereka ditakdirkan berkuasa.

Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme.

Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralis.

Di bawah Pakatan Rakyat orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jika berkuasa, Pakatan Rakyat akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam.

Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.

Melayu akan lenyap, Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan Pakatan Rakyat berkuasa.

Apabila Terlalu Sibuk Nak GLAMOUR Maka Pintu Gol Pun Tak Dijaga Dengan Baik...

Pemain yang paling penting dalam skuad Harimau Malaya memikul tugas menjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dilihat tidak fokus menjalakan tanggungjawabnya malam tadi dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012....

Prestasi penjaga gol yang lebih dikenali dengan nama Apex ini seolah-olah berada ditahap yang meragukan mungkin beliau sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember yang akan datang.

APABILA AHLI SUKAN SUDAH MULA SIBUK DENGAN DUNIA GLAMOUR, SANA SINI JADI BURUAN LENSA KAMERA DAN MAJALAH.....


prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121126/su_01/Langkah-sumbang#ixzz2DJjCzBjI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, November 26, 2012

Rajagobal Apa Kau Dah Buat..?? Video Klip FAM Bangsat

Harakah Telah Dibeli Oleh DAP

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.

Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan.  Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.  Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri..... 

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim. 

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.  Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka. 

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri. 

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.

Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.  

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.  Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri. 

Apakah ertinya ini?  Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian?  Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?  Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan? 

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS.   Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.  Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil. 

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati.

Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. 

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?   

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya.  Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka.

Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia.  Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi. 

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama. 

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya. 

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang.

Oleh itu, gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain. 

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar.

Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa..., yang tidak berdaya melawan atau bersuara.  Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan… 

Sunday, November 25, 2012

Kalau Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia....

Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

"Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya.

Saturday, November 24, 2012

Gelaran TUN Untuk Karpal Singh....

Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.





Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.

Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam.

Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang......

Friday, November 23, 2012

PAS Sebenarnya Bukanlah Sebuah Parti Islam Untuk Orang Melayu....!

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

Pengakuan EKSKLUSIF..! Pimpinan PAS Suka SEKS Ganas Sewaktu Bersenggama Bersama Isteri

Para pemimpin PAS dalam reaksi mereka mempertahankan doa BN KO yang dibacakan Nik Razi Nik Mat, adik kepada MB Kelantan itu beralasan doa tersebut menepati senario negeri Kelantan yang kononnya tertindas dan dizalimi UMNO dan BN.

Siapakah sebenarnya yang sedang menzalimi rakyat? Dan siapakah yang sedang memerintah Kelantan ketika ini....?

Sejak 22 tahun lalu PAS adalah pemerintah di Kelantan dengan diketuai Nik Aziz sebagai MB, jika lojik menzalimi rakyat Kelantan mahu digunapakai, sewajarnya ia ditujukan pada Nik Aziz dan PAS.

Yang menyebabkan tanah negeri dan rakyat Kelantan seluas 716.8 ekar di Lembah Sireh dipindah milik tanpa mengikut peraturan bukannya disebabkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN, sebaliknya dilakukan oleh pemimpin PAS yang menguasai Kerajaan Negeri.

Tidakkah ini jelas satu kezaliman dan pecah amanah. Tatkala rakyat memberi amanah menjaga harta negeri, tapi pemimpin PAS pula sesuka hati memindah hak milik tanah kepada syarikat swasta.

Yang terlibat menyerahkan hak pengurusan tanah seluas 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Cina Singapura dan Cina DAP ialah pimpinan PAS negeri sehingga kesannya rakyat yang meneroka kawasan tersebut menderita manakala tanah adat Orang Asli pula semakin mengecil.

Apakah itu bukan satu kezaliman apabila hak rakyat dinafikan sedangkan syarikat swasta dan orang luar pula diberi perhatian sehingga mampu mengaut untung berjuta ringgit?

Yang mengakibatkan hampir 40% rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah bekalan air bersih semuanya disebabkan kegagalan urus tadbir pemimpin PAS, bukannya pemimpin BN.

Tidakkah ini menzalimi rakyat sedangkan tanggungjawab kerajaan negeri sepatutnya mengambil berat permasalahan rakyatnya?

Hatta kerugian hampir RM50 juta wang rakyat yang terpaksa dibayar pampasan kepada syarikat Thames Water dari England (KWSB) juga disebabkan kecuaian kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan.

Sia-sia saja hampir RM50 juta hangus begitu sahaja, sedangkan dengan wang tersebut jika bijak diuruskan boleh diguna pakai untuk menyediakan paip saluran air bersih yang panjangnya berpuluh kilometer dan mampu menyenangkan beribu buah keluarga yang sekarang ini menghadapi masalah bekalan air.

Demikian halnya dengan permasalahan pekerjaan sehingga memaksa ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau ke negeri-negeri lain. 22 tahun PAS memerintah, jumlah perantau bukannya kian menurun sebaliknya saban tahun terus meningkat.

Bukankah ini zalim namanya apabila kerajaan negeri gagal membantu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya?

Siang dan malam para pemimpin PAS cuma tahu berceramah sambil si petugas PAS mengusung uncang dan tin milo meminta rakyat menyumbang duit kepada parti. Apa rakyat dapat? Air liur saja.

Amanah yang rakyat berikan kepada PAS di Kelantan sengaja diabaikan dengan berselindung disebalik kopiah dan serban serta ceramah politik, tidak selamanya rakyat akan tertipu dengan permainan politik sebegitu.

Sebetulnya, yang sebenar-benarnya sedang menzalimi rakyat tika ini tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin PAS sendiri. PRU 13 kelak yang akan KO bukannya BN ataupun UMNO, sebaliknya PAS.

Tuesday, November 20, 2012

Haa HaAA HaaAAA...!! Siapa Paling GUMBIRA Pada Muktamar PAS 2012....?

Kelemahan PAS sebagai sebuah parti serpihan UMNO yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam amat tersrlah sekali pada muktamar parti itu yang ke 58 yang berlangsung baru-baru ini.

Sememangnya dijangkakan semangat barisan pimpinan dan perwakilan PAS berkobar-kobar semasa ucapan dan sesi perdebatan.

Ini lumrah dalam mana-mana parti politik dan PAS sebagai sebuah organisasi siyasi yang bertopengkan Islam juga tidak terkecuali dalam menonjolkan imej 'kejantanannya', apatah lagu musim pilihan raya umum sudah tinggal beberapa bulan lagi.

Antara elemen 'kejantanan' PAS yang dipamerkan kepada ahli-ahli semasa persidangannya ialah desakan kuat supaya presiden Abdul Hadi Awang dilantik ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 kelak.

Ini sudah tentunya bertentangan dengan kehendak sekutu pas, DAP yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menduduki jawatan itu.

Anwar pula secara sinis menjawab bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan apabila sampai ketikanya kelak.

Jadi dalam pakatan pembangkang terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

Di pihak PAS itulah kemahuan sebenar selama ia berjuang iaitu untuk merebut kerusi empuk di Putrajaya dan bukannya demi rakyat.

Konsep 'negara berkebajikan' versi PAS ialah untuk mendahulukan pimpanan parti itu untuk berlumba-lumba mendapatkan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Perdapat kedua pula berputar sekitar agenda DAP yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri oleh kerana parti itu telah berjaya membuat perkiraan dengan pemimpin utama PKR itu.

Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri semua kehendak liberal DAP mestilah dipenuhi....

Ini termasuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan mana-mana agensi kerajaan yang mendokong agenda memartabatkan Melayu seperti UiTM, MARA, MRSM dan sebagainya.

Bagi Anwar institusi-institusi tersebut perlu dihapuskan sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Republik dengan bantuan DAP.

PKR sudah tentu menghargai sokongan yang diberikan oleh DAP dalam impiannya untuk meletakkan Anwar di Putrajaya dan akan sanggug bersekongkol dengan parti rasis Cina itu untuk merealisasikan agenda kotor mereka.

Ini akan meletakkan desakan PAS menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai kera sumbang di dalam Pakatan Rakyat yang tentunya tidak disenangi oleh DAP dan PKR kerana gagal menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama sebagai satu pasukan.

Walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai pelaksaaan hukum hudud di dalam ucapan perasmiannya, ini tidak bermakna parti itu telah melucutkan agenda tersebut.

Ini akan menjadi satu lagi isu yang akan merenggangkan ikatan yang sudahpun longgar di antara ketiga parti tersebut.

Apatah lagi apabila media arus perdana menyiarkan visual adik kepada Mursyidul Am, Nik Radzi yang mendoakan kemusnahan UMNO dan BN di kala Israel ganas menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Inikah gambaran yang ingin dicerminkan oleh PAS sebagai sebuah parti Islam apabila memohon kepada Allah supaya menghancurkan sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang kerajaan sejak merdeka lagi serta menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel sejak 1957 lagi?

Di manakah letaknya asas moral dan jatidiri PAS sebagai parti politik Melayu apabila sanggup mengugurkan perjuangan hukum hudud demi menjaga hati DAP tetapi rela mendoakan kemusnahan UMNO yang selama ini membela dan memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada rakyat Palestin...?

Malah PAS amat takut sekali membangkitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang secara jelas menggalakkan orang Melayu murtad daripada Islam.

Adakah PAS sudah tidak lagi sensitif kepada apa yang dikatakan oleh anak Anwar itu atau tidak mampu berbuat apa-apa yang mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?

Dengan menggunakan taktik 'Tahaluf Siyasi' atau kesepakatan politik, PAS tergamak mengorbankan prinsip dan maruahnya kerana tamakkan kuasa dan jawatan.

Hasil daripada muktamar itu telah berjaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk melindungi Islam apatah lagi memimpin bangsa Melayu.

Malah bangsa Melayu akan dilemahkan oleh PAS dan akan bertukar menjadi satu bangsa yang mengemis dan tunduk di bawah telunjuk DAP dan PKR.

Kerakusan PAS untuk mendapatkan kuasa dengan membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam akan menjadi liabiliti terbesar parti itu apabila berdepan dengan PRU13 nanti.

Rakyat akan membuat perbandingan antara apa yang dikatakan pada muktamar tahun ini dengan realiti yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.

Di dalam parti sendiri, pemimpin PAS boleh menjadi hero dan gedebe tetapi apabila berdepan dengan DAP dan PKR, para pimpinan PAS menjadi setan bisu yang akur menurut perintah tuannya.....

DENGKI Dengan Kehebatan Rosmah...! Video Klip Lee Chong Wei Ini BUKTI Pembangkang Berniat Jahat FITNAH Rosmah....

Monday, November 19, 2012

Anwar Tak Puas Hati Bila Pemuda PAS Dah Mula Berani Mengkritik...

Muktamar PAS ke-58 menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar. 

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.   

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri. 

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.   Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.  

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.   Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.  Umum sedia maklum bahawa KJ  merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.  Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,  disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas. 

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah  jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan. 

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.   

Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri. 

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya. 

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.  Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain. 

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?  

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.

Mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam. 

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang.  Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

Sunday, November 18, 2012

PAS Semakin Hancur...!!

Entah kat mana lagi Nasruddin Hassan nak letak mukanya sebagai Ketua Dewan pemuda PAS Pusat setelah dihentam tanpa berlapik oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS berikutan kelesuan sayap parti itu.

Teguran keras itu datangnya dari perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.

Perwakilan itu juga menemplak sikap berdiam diri Nasruddin yang membisu dengan kelemahan urus tadbir Kerajaan Negeri yang diperintah PR seolah-olah kesemua pemimpin PR di negeri-negeri itu maksum dan terkecuali dari melakukan kesilapan.

Malu dan terkedu jadinya para pemimpin Pemuda PAS yang lain melihat ketua mereka dihentam sedemikian rupa sehingga menarik perhatian pelbagai media.

Sebelumnya sudah beberapa kali pimpinan tertinggi PAS memberi arahan terbuka melarang para perwakilan daripada menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kepimpinan parti.

Kita harap perwakilan PAS yang masih mempunyai telur ini tidak akan mengalami nasib buruk sama seperti bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali yang dipecat hanya kerana membuat teguran terbuka.

Imbas kembali satu peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas yang melibatkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu, beliau juga pernah termalu sendiri apabila didapati menipu dan memesongkan fakta semasa berdebat dengan Ustaz Fathul Bari berhubung isu hudud PAS.

Dalam perdebatan itu, Nasruddin telah menipu khalayak umum dengan mendakwa pemimpin utama DAP, Karpal Singh telah bersetuju untuk berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud PAS.

Karpal yang berang dengan pembohongan Ketua Dewan Pemuda PAS itu kemudiannya tampil menafikan dakwaan Nasruddin sebaliknya tetap tegas dengan pendiriannya menolak hudud PAS mahupun Negara Islam ala PAS.

Akibatnya, PAS menanggung aib yang tidak sedikit disebabkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin kanan partinya.

Imej PAS makin merudum bukan sahaja dikalangan ramai pengundi Melayu Islam malah pengikut PAS sendiri pun semakin malu-malu kucing untuk mengaku Nasruddin itu adalah pemimpin mereka.

Dari dua peristiwa di atas, mengukuhkan andaian ramai pemerhati politik yang melihat Nasruddin tidak memiliki kredibiliti untuk menjadi pemimpin masa depan untuk PAS.

Beliau tidak berupaya untuk menerajui dan mengangkat martabat sayap pemuda PAS itu untuk pergi jauh ke hadapan.

Tapi kalau setakat untuk meningkat imej ahli PAS sebagai pak turut merangkap balaci untuk tujuan demonstrasi jalanan serta penjaga parking di ceramah-ceramah PR, rasanya Nasruddin telah berjaya melakukannya melalui Unit Amal PAS.

Saturday, November 17, 2012

Nurul Izzah & Abby Abadi Kena BALUN Serentak..!! I LIKE...

Anwar Sakit Jiwa Apabila Delegasi Antarabangsa WISE 2012 Akui PERMATA Rosmah Terbaik...!! [Video Clip Inside]

Dibawah ini nanti, anda akan berpeluang menonton video klip temuramah dengan beberapa golongan professional yang menjadi wakil negara masing masing selepas mendengar Ucaptama Rosmah di World Innovative Summit for Education [WISE 2012] .Kesemua Delegasi Antarabangsa ini amat mengkagumi tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia ini lakukan dalam memperjuangkan isu pendidikan pra sekolah menerusi PERMATA.....

Mereka memperakui sistem yang dipraktikkan oleh PERMATA boleh menjadi "role-model" kepada banyak negara membangun didunia ini.


 

Program Permata Negara yang diperkenalkan kira-kira tujuh tahun lalu semakin berjaya dan berkembang hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Isteri Perdana Menteri,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada kerajaan apatah lagi dalam tempoh singkat, yakni sejak ia dilancarkan pada 2005.

“Kita bukan sekadar berjaya mewujudkan beberapa pusat Permata di seluruh negara tetapi juga beberapa program sasaran lain yang dilaksanakan sejak 2005. “Tanpa sokongan daripada kerajaan Malaysia, sudah pasti ia menjadi cabaran buat Permata mencapai matlamat atau sasarannya dalam tempoh yang singkat.

“Sokongan berterusan diterima daripada kerajaan dan Jawatankuasa Koordinasi Polisi Permata Negara dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri. Peruntukan diperoleh daripada kerajaan dan projek seumpama ini memerlukan sokongan kerajaan untuk berjaya,” katanya kepada ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Sustainable And Quality Education For Future, Malaysia’s Exprience Through Permata’ sempena Sidang Kemuncak Inovasi Sedunia Bagi Pendidikan (WISE) Ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional Qatar di Doha, Qatar, semalam.

Membariskan tiga kunci utama kejayaan Permata, DS Rosmah menegaskan, program itu juga berjaya mencapai matlamatnya hasil kerjasama daripada agensi berkaitan termasuklah badan bukan kerajaan (NGOS) selain rakan di peringkat antarabangsa seperti Centre for Talented Youth, Johns Hopkins University, Pen Green Centre, Early Childhood Education and Care (ECEC) di United Kingdom dan Mawhibah Foundation di Arab Saudi. 

Seterusnya, satu bahagian khas dikenali sebagai Bahagian Permata ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri untuk mengkoordinasikan semua program Pertama.

Tambahnya lagi, walaupun menerima pelbagai kritikan yang mencabar, beliau dan pasukannya....., baca seterusnya klik SINI

Friday, November 16, 2012

Video Klip Rafizi HINA Kata Nazri Aziz Otak Udang..., Rafizi Sebut Sengaja Dia Nak "Menganjingkan" Nazri Aziz.

Apakah Ini Menjadi BUKTI Bahawa Kakitangan JPJ Kuat Menyokong Pakatan Pembangkang...?

Kedua dua foto diatas menunjukkan AMK PKR sudah mengikut jejak langkah Big Boss mereka yang menggunakan Bas Mewah Jelajah Merdeka untuk kempen Pilihanraya ke 13....

Tidak kurang hebat dan GEMPAK cara AMK PKR ini apabila berjaya mendaftar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenama Chevrolet untuk siri jelajah mereka dan tambah menarik lagi nombor pendafataran yang cantik iaitu PRU 13.

Tahniah kepada kakitangan dan pegawai pegawai JPJ yang meluluskan permohonan dibuat oleh AMK PKR.

Thursday, November 15, 2012

Izzah Diseru Bertaubat Sebelum Mama Menghembuskan Nefasnya Yang Terakhir....

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka.  Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam....

Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.  Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim.  Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.

Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO.    Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.

Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.  Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.

Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.

Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.

Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.

Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip.  Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.”  Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.

Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.  Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.

“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.”  Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.  Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.

Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.  Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.

Namun, Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.  Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.   Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.  Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.

Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah.  Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.

Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama?  Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

Penghormatan Buat Rosmah Dari Sheikha Moza Nasser, Permaisuri QATAR..!! Wan Azizah Ada…??



Isteri Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datin Seri Paduka Rosmah Mansor telah diberikan penghormatan sebagai tetamu kehormat bertaraf VVIP dalam World Innovation Summit for Education [WISE] 2012 yang berlangsung di Qatar National Convention Centre di DOHA.

Rosmah turut diberikan satu lagi penghormatan untuk menyampaikan ucapannya dalam salah satu sesi yang akan diadakan pada 14 November 2012. Konvensyen ini akan berlangsung selama tiga [3] hari bermula dari 13hb sehingga 15hb November 2012.

Sebanyak 100 buah negara  bersama lebih 1,000 orang peserta Konvensyen akan membentangkan kertas kerja bertemakan “Collaborating for Change”.

Ketibaan Rosmah telah diiringi oleh seramai 8 orang ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Timbalan Canselor Universiti  Kebangsaan Malaysia [UKM].

Ucaptama perasmian oleh Permaisuri Qatar, Sheikha Moza Nasser turut dihadiri oleh Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa dan Pengerusi Yayasan WISE, Sheikh Abdulla Ali Al-Thani.


Datin Seri Paduka Rosmah mendapat kesitimewaan tempat duduk bersebelahan dengan Emir Qatar….

Rosmah juga diberikan penghormatan menyampaikan ucapannya dengan tajuk  “Sustainable and Quality Education for The Future, Malaysia’s Experience Through PERMATA”.


Isteri Perdana Menteri ini akan menerangkan mengenai PERMATA yang bertujuan mengutamakan sistem pendidikan untuk anak anak di Malaysia.

SUMBER - Klik sini dan sini