Tuesday, March 15, 2011

Amboi.., Amboi.. Adik Datuk S, Nak Mintak Cerai Jugak Dengan Suami Dia..!!

Penyanyi Siti Nursaida Tarudin sekali lagi telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohd Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Kakak kepada penyanyi popular tanah air Dato' Siti Nurhaliza Tarudin itu pernah memfailkan cerai terhadap suaminya, pada 6 Oktober tahun lalu

Ingatkan selepas mereka cuba berdamai, rumah tangga Saida dan suami sudah benar-benar pulih. Tapi tup-tup Saida sekali turun naik ke makamah, kali ini dia tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mahu mempertahankannya...

Difahamkan keputusan itu dibuat kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi selain gagal untuk didamaikan.

Saida yang ke mahkamah dengan ditemani kakak iparnya, Rozie bagaimanapun tidak dapat meneruskan prosidingnya di mahkamah pada pagi itu berikutan kegagalan suaminya untuk hadir ke mahkamah

Berikutan ketidakhadiran suaminya yang difahamkan tidak sihat, Saida meminta tarikh baru untuk sebutan semula kes. Mahkamah terus menetapkan 18 Mac 2011 ini untuk sebutan semula kes.

Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah,5.

Apa-apa pun LG harap mereka dapat selesaikan masalah ini dengan cara baik tanpa mengambil keputusan bercerai demi kebahagiaan anak-anak mereka.

LG sedihlah... Dulu dah elok elok jadi bini orang pergi masuk relaiti tv Akedemi fantasia..! Dah FOFULARR jadik artis, dah jadik macam nie...!!!!

2 comments:

  1. "LG sedihlah... Dulu dah elok elok jadi bini orang pergi masuk relaiti tv Akedemi fantasia..! Dah FOFULARR jadik artis, dah jadik macam nie...!!!!"

    Ayat ini yang selalu diterjemahkan bila dah pandai gunakan makeup yang tebal2 !

    ReplyDelete
  2. adik?? bukan kakak ke? satu lagi "fofular" ke dia ni? biasa2 je

    ReplyDelete