Friday, October 21, 2011

Lupakan Soal Politik.... JOM! LG Pun Join Esok Ke HIMPUN Shah Alam

Gabungan NGO Malaysia (GNM) menyifatkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam Sabtu ini sebagai satu petunjuk kepada pihak luar bahawa umat Islam akan bersatu walaupun berbeza fahaman politik.

Setiausaha GNM, Mohd. Jurit Ramli berkata, ini kerana setiap penganut Islam sudah semestinya mempunyai rasa tanggungjawab dan semangat persaudaraan dalam mempertahankan agama tersebut.

"Ia mengingatkan pihakpihak tertentu bahawa kami tidak akan berdiam diri jika agama kami cuba diserang.

"Ini kerana ia bukan soal agenda politik tetapi lebih kepada semangat persaudaraan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setakat ini, sebanyak 2,100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan yang bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam daripada gejala murtad tersebut.

Hari ini, pihak penganjur optimis dapat mencapai matlamatnya untuk mengumpulkan sejuta umat Islam di stadium tersebut walaupun tanpa penyertaan parti-parti politik berteraskan Islam.

Mohd. Jurit berkata, lebih 100 persatuan di bawah GNM sekitar Lembah Kelang telah mengesahkan untuk menyertai perhimpunan tersebut atas rasa tanggungjawab terhadap agama dan tidak rela Islam diperkotak-katikkan.

"Saya juga menyeru mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya menyertai himpunan ini.

"Lupakan soal politik tetapi ingatlah tanggungjawab kita sebagai umat Islam," katanya

No comments:

Post a Comment