Monday, October 24, 2011

Datuk Noh Omar Konfiden Giler Rakyat Selangor Kembali Menyokong BN....


Jentera pilihan raya BN Selangor telah bersedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang bagi memastikan negeri itu kembali diperintah BN, kata Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata jentera di semua peringkat telah digerakkan bagi mempersiapkan semua anggota untuk menyalurkan maklumat dan penerangan kepada semua pengundi di Selangor supaya mereka mampu membuat pilihan tepat.

"Kita sudah sedia dengan jentera, hanya tunggu 'wisel' dari pucuk pimpinan. Rakyat di Selangor juga nampaknya telah bersedia untuk menerima perubahan ini melalui indikator yang kita lihat menerusi beberapa program yang telah dianjurkan.

"Sebagai pemimpin, kita juga perlu bersedia untuk sama-sama berjuang memastikan kemenangan BN tanpa mengira kepentingan lain. Letakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya," katanya kepada pemberita pada Majlis Sehari Bersama Menteri di Ban Canal, Homestay Kampung Sungai Sireh di Tanjung Karang, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata seperti yang pernah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Selangor tidak boleh dipersalahkan sehingga negeri itu terlepas daripada tangan BN.

"BN telah buat kajian terhadap kesilapan yang dibuat dan kita sedang memperbaiki kesilapan itu. Kita yakin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment