Monday, October 17, 2011

Datuk Sri Najib Takut..., Arahkan Ketua Audit Negara "Amend" Laporan...??

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak Parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan Parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment