Thursday, October 27, 2011

Calon Praya Anti Melayu & Anti Islam Kita Jangan Undi....!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran ahlinya tidak akan mengundi mana-mana calon pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang bersifat anti-Melayu dan Islam,serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya kini sedang memerhatikan calon PRU13 yang sering mengeluarkan kenyataan sensitif sedemikian. Selepas itu,katanya arahan akan dikeluarkan kepada setiap ahlinya di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) melalui pelbagai medium termasuk sistem khidmat pesanan ringkas (sms) supaya tidak mengundi calon tersebut.

Katanya,tindakan itu akan dilakukan tidak kira calon parti politik Pakatan Rakyat mahupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Perkasa akan nyahkan mana-mana calon yang anti-Melayu, anti Islam dan menentang Perlembagaan,jadi mereka takkan dapat undi. Ingatlah mana-mana pihak yang nak jadi calon hati-hati bila bercakap.

Walaupun Perkasa bukan parti politik tapi kita tetap mampu bagi impak kepada landskap politik negara,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Persidangan Agung Perkasa kali kedua.Ditanya tentang individu yang menjadi perhatiannya, Datuk Ibrahim Ali bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Biarlah misteri dulu sebab kita nak bagi peluang kepada mereka yang dikenal pasti ini kembali kepada pangkal jalan. Bukan sahaja calon Cina dan India,tapi Melayu yang liberal pun ada,” katanya.

FMT Melaporkan Menafikan Perkasa bersikap prejudis, Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan itu sekadar mahu mengingatkan calon PRU supaya jangan mengabaikan sensitiviti undi Melayu. Katanya penentuan ini terutamanya membabitkan kawasan yang mempunyai jumlah nisbah pengundi Melayu dan bukan Melayu 60:40, 50:50, serta 55:45.

“Kalau 500 ke 700 ahli Perkasa dalam satu Dun tak menyokong parti,sudah tentu dia bagi impak.Jadi sesiapa nak dapat calon perkasa kenalah dekat dengan Perkasa, termasuklah Umno dan parti lain dalam BN,” katanya yang kini mempunyai 300,000 ahli.

Beliau turut menjangkakan penambahan jumlah ahli Perkasa mencecah sehingga setengah juta menjelang PRU13. Manakala ahlinya disetiap Parlimen kini ada yang semakin mencecah angka 500 orang ahli.

Sementara itu, persidangan turut bersetuju sebulat suara melantik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin sebagai Naib Presiden Perkasa.


Pelantikan itu menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang meletakkan jawatan pada awal tahun ini kerana mahu menumpukan tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

No comments:

Post a Comment