Thursday, August 11, 2011

Datuk Seri Hishamuddin Merapu Pulak Dah…!!


Keluhan Hishamuddin Hussein Onn tentang tidak berdayanya media-media arus perdana menyediakan ruang serta mempengaruhi orang ramai menerusi kempen atau penjelasan pihak kerajaan, seolah-olah memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri atau Menteri Amaran ini masih lagi menerima maklumat yang salah daripada orang di sekelilingnya.

Atau besar kemungkinan juga Hishamuddin telah diberikan penjelasan atau penerangan tentang media baru oleh pihak yang sebenarnya kemahiran mereka hanyalah menggunakan nama orang lain untuk terus bernafas sebagai manusia!

Hari Selasa lepas, Hishamuddin berkata, pembangkang telah berjaya 'menggagalkan' seruan kerajaan menerusi media baru apabila media baru digunakan untuk menghasut rakyat menyertai aktiviti yang menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka walaupun berita yang dipaparkan tidak benar. Dan kerajaan juga gagal menerangkan keadaan sebenar tentang peristiwa 9 Julai walaupun pelbagai saluran media sedia ada digunakan berikutan meluasnya penggunaan media baru oleh pembangkang.

Ramai yang tersengih sinis apabila membaca kenyataan Hishamuddin tersebut. Sebagai seorang menteri yang sepatutnya sentiasa alert dan up-to-date, ternyata Hishamuddin memiliki maklumat yang sangat terbatas dan masih lagi hidup dalam GUA BATU meskipun bertaraf menteri.


Media baru bukan hanya terhad di kalangan pembangkang. Disebabkan akses pembangkang yang sangat terhad di dalam media arus perdana yang hampir kesemuanya mempunyai saham besar UMNO-BN di dalamnya, satu-satunya penggunaan yang paling efisien, murah dan tidak perlu menunggu kerenah permit serta kelulusan KDN adalah media baru atau Internet.

Melalak dan menyalak apa lagi seandainya media baru menerima sesiapa sahaja dan 'mengalu-alukan' sesiapa sahaja yang mahu mengaplikasi dan menggunakannya secara bebas. Apatah lagi dalam keadaan di mana kebanyakan pengguna media baru pro-UMNO-BN jauh lebih ramai berbanding ketika media baru diperkenalkan, sememangnya menimbulkan kehairanan apabila seorang Menteri Dalam Negeri yang pada zaman feudal dahulu bertaraf Temenggung, tidak tahu tentang hal tersebut dan tidak memaksimumkan kepenggunaannya.

Ada empat cabang utama media baru sekarang iaitu BLOG, TWITTER, FACEBOOK dan YOUTUBE yang menjadi senjata dalam perang siber. Setiap satu mempunyai kekuatan sendiri, sama ada untuk berhujah, menjawab, menyerang mahupun membuat propaganda.

Dan anehnya, keempat-empat cabang media baru itu ada pembabitan yang pro kerajaan tetapi masing-masing lebih banyak bertindak sendiri-sendiri atau lebih tepat lagi memandai-mandai. Bukan tidak ada saluran atau feeding maklumat daripada kerajaan, tetapi yang menerima sumbatan maklumat tersebut ada pula kerenah politik serta cita-cita besarnya... sekaligus pada masa yang sama, feeding berkenaan tidak berkesan kerana puak yang berkepentingan melihat ia sebagai hak eksklusif untuk mengangkat nama serta prestasi mereka, kononnya mereka boleh bekerja dengan lebih baik.

Akhirnya apa yang berlaku sekarang ialah, memperlihatkan kerajaan yang masih bergantung kepada kertas dan dakwat untuk berkempen. Cakap pung-pang-pung-pang tapi hasilnya ialah, orang yang diberikan tanggungjawab sekadar melihat laba besar yang boleh diperolehinya dan kemudian berkata... INI ADALAH PERJUANGAN FISABILLAH...

Blogger
The Flying Kick…

No comments:

Post a Comment