Saturday, August 27, 2011

Cerita Pasal Cincin RM24 Juta Datin Seri Rosmah Bukan Fitnah......

Badrul Hisham Shaharin didakwa cuba menagih imbuhan 'lumayan' daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sehingga hari ini tidak berani menyahut cabaran agar membuat laporan polis berhubung pembelian cincin yang dikait dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau tidak faham kenapa Badrul yang mendakwa mempunyai bukti cincin itu dibeli oleh Rosmah enggan membuat laporan polis, kecuali aktivis jalanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba bermain persepsi demi menarik perhatian ketua pembangkang.

"Saya dimaklumkan Badrul menggunakan fitnah ini untuk menarik perhatian Anwar bagi mendapat imbuhan lumayan dalam PKR. Saya percaya dia cuba bermain dengan persepsi rakyat agar perhatian Anwar kembali terarah kepadanya sebab itu dia tidak berani menyahut cabaran saya sebelum ini.

"Badrul tahu dakwaan mengenai pembelian cincin AS$24 juta (RM72 juta) fitnah sebab itu dia tidak berani melaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau membuat dakwaan terbuka bahawa cincin berkenaan milik Rosmah.

"Sebab itu, walaupun telah tiga kali saya melontarkan cabaran, satu pun tidak disahut. Sebaliknya Badrul mahu saya menutup mulut. Kenapa saya perlu berdiam diri kalau tahu semua ini fitnah, saya akan terus bersuara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, Anuar sekali lagi mencabar Badrul, iaitu cabaran kali keempat supaya melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera agar siasatan dapat dijalankan dengan terperinci bagi membolehkan rakyat tahu siapa sebenarnya yang berbohong.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mendesak Badrul supaya menjelaskan mengenai pertemuan sulitnya dengan Anwar di Indonesia, apakah benar ia bertujuan untuk membuat perancangan khusus bagi memfitnah Rosmah kerana isu cincin timbul selepas pertemuan berkenaan. Utusan Online

No comments:

Post a Comment