Monday, June 13, 2011

Isshh...., Isshh...!! Tak Sebulu Dengan Dap & Pkr Sudahnya Datuk Dr Hasan Ali Kena Sidelined...

Kesian LG tengok satu satunya Yb Pas kat Selangor yang suka lawan Dap, siape lagi kalu bukan lagi Dr Hasan Ali. Semalam Presiden Pas Haji Hadi dah buat announcement line up baru Pas lepas Muktamar minggu lepas.

Yang dah dijangka, Dr Hasan Ali tak dilantik untuk kekal sebagai orang nombor satu Pas Selangor. Nampaknya group bukan ulama yang kureng dengan Dap tak boleh jadi boss kat Selangor... Kalau ikut track record, Dr Hassn Ali memang dah ade dua tiga isu yang selalu contradict dengan decision Dap, tambah nak pedihkan hati Hassan Ali, Mb Selangor Tan Sri Khalid selalu backing Yb Yb Dap!

Nampaknyer bila dah selesai Muktamar kali nie, peluang untuk Pakatan buat window dressing untuk reshuffle line up yang boleh dikerjakan oleh Dap & Pkr....

Tak terkejutlah nasib malang nie dah hinggap plak kat Dr Hassan Ali. Bila orang macam Hasan Ali dah kena sidelined, senanglah Dap dengan Pkr nak buat kerja kat Selangor! Kira macam dah tak ade pengacau lagi lah...

Kita biase dengar kalau orang nak mati, kadang kadang dia boleh tahu, lepas tu mesti dia ada bagi hints sikit2.... Dr Hasan Ali pun dah tahu dia akan kena buang dari dream team Dap..., lepas Muktamar hari tu, Hasan Ali ada mengadu kesedihan dia pada blogger. Let’s watch the video clip..., please click here

Sunday, June 12, 2011

Memang Sah Tun Dr Mahathir Jauh Lebih MULIA Dari Nik Aziz...! Penyokong Pas Memang Bengong!!!

Please click here

Kalau Isteri Jadi Pelacur 1st Class..., Suami Tak Main Kayu 3, Tapi Suami Akan Berpoligami..??

Antara Isteri Taat, Main Kayu Tiga atau Poligami

Oleh Kucing Jantan

BRO senyum sendirian apabila membaca polemik mengenai penubuhan Kelab Isteri Taat. Bro tak mau ambil tahu siapa yang tubuhkan dan apa motifnya.

Walaupun Bro menolak sekeras-kerasnya seruan agar isteri melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ tetapi Bro bersetuju sangat dengan penubuhan kelab ini.

Mahu tak mahu kaum perempuan kena mengakui bahawa ramai di kalangan isteri sekarang sudah tidak taat kepada suami. Banyak kes yang berlaku bagaimana si suami menangkap si isteri curang dengan lelaki lain.

Bro dapat banyak cerita bagaimana perempuan yang bergelar isteri mengadakan hubungan sulit dengan rakan-rakan sepejabat. Bukan fasal si suami di rumah tu tak baik tetapi kerana si isteri tu yang tidak boleh kawal nafsu, nampak sikit lelaki kacak dan pandai pula ‘mengayat’ lemah longlai si isteri orang itu.

Masa tu tak kira dosa pahala dah, balik kat rumah mula la buat perangai, bila si suami suruh layan sikit jawapan diberi letih la, penat la, badan tak sihat la tetapi masa kat pejabat dok menggatal dengan lelaki lain, ok pula.

Sebab itulah Bro sokong kelab tersebut sebab mereka yang menubuhkan kelab berkenaan dah sedar betapa ramainya isteri yang semakin tak taat.

Jangan la dok bagi alasan kononnya kelab tu bertujuan nak pastikan si suami tak cari perempuan lain. Bagi Bro kalau pun lelaki nak kahwin apa masalahnya?

Bukankah Islam membenarkan si suami berkahwin empat selagi dia berdaya zahir dan batin. Bro tak faham la kenapa perempuan emosi sangat bab suami nak kahwin lain ni.

Poligami dibenarkan oleh Islam maknanya Allah SWT mengizinkannya, jadi buat apa yang kita susah payah dok pening kepala nak bertengkar setuju ke tidak.

Sebagai perempuan reda sahajalah ketentuan Illahi, kalau suami kita hendak berkahwin lain, tidak payah hendak gaduh-gaduh.

Kalau nanti si suami tidak jalankan tanggungjawabnya dengan betul dan adil, biarlah dia jawab dengan Tuhan.

Tak payah dok berdebat setuju atau tak setuju, bagi Bro perempuan yang tentang poligami ni sebenarnya tak faham hukum hakam agama dan yang Bro pelik tu ada antara mereka belum pun berkahwin.

Jadi Bro tak faham macam mana dia tahu poligami tu akan menyusahkan kaum wanita, setiap perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT pasti ada kebaikan, cuma manusia yang tak tahu melaksanakannya.

Daripada dok sibuk-sibuk fasal poligami tu lebih baik tumpu perhatian kepada nasib wanita yang tak berkahwin macam mereka.

Bagaimanapun dalam bab poligami ni, Bro percaya kalau si isteri tu baik dan melayan suami dengan sempurna, Bro percaya si suami tidak akan berkahwin lain tidak kira la muncul perempuan lawa macam mana sekali pun yang datang menggoda.

Bila si suami berkahwin lain ia ada dua sebab, pertama mungkin si isteri membosankan dan kedua, kerana pintu hatinya sudah terbuka untuk menerima cinta baru.

Jadi janganlah perempuan nak mengamuk tak tentu fasal bab poligami dan isteri kena taat ni. Memang perempuan zaman sekarang tak macam zaman dulu, banyak langkah kawalan dan peringatan perlu diberikan supaya mereka tidak terbabas.

Kebebasan yang diberikan oleh suami kadang kala menyebabkan mereka lupa batas sebagai seorang isteri biarpun mereka berjawatan besar. Tetapi kena ingat setinggi mana pun kedudukan mereka, syurga tetap di bawah telapak kaki suami.

Oleh itu apabila Kelab Isteri Taat ini ditubuhkan, janganlah anggap mereka hendak mencari publisiti sebaliknya mereka hendak memberi peringatan kepada kaum perempuan apa yang sepatutnya mereka utamakan.

Perempuan yang risau kononnya kelab seumpama itu akan disalahgunakan oleh lelaki, sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau pun ada lelaki yang cuba menyalah gunakannya itu bukan salah lelaki tetapi salah perempuan kenapa cepat sangat mereka terpengaruh atau lentok bila ‘diayatkan’ lelaki.

Bro bukannya nak tuduh tetapi inilah hakikat yang berlaku di sekeliling kita. Sebab itulah bila ada usaha hendak meningkatkan ketaatan seorang isteri, kita kena sokong.

Lagi pun Bro percaya setiap perkahwinan itu perlu sentiasa diberikan nafas baru terutamanya dalam soal hubungan suami isteri. Janganlah bila dah beranak pinak maka kasih sayang dan cinta antara suami isteri pun luntur.

Sebaliknya banyak perkara perlu dilakukan supaya biar pun sibuk mana pun kehidupan kita, hubungan suami isteri itu perlu sentiasa dijaga dan dipelihara.

Tetapi yang selalu Bro tengok perempuan bila dah ada anak mula nak lupa tanggungjawab layan suami, bila tidur malam pun nak peluk anak aje, si suami yang ‘kesejukan’ tak diendahkan.

Kesudahannya rumah tangga jadi muram dan tidak ceria, bila si suami jatuh cinta dengan perempuan lain mula la nak mengamuk.

Jadi nasihat Bro kepada kaum perempuan, apabila berlaku sesuatu dalam rumahtangga kita, jangan tuding jari kepada orang lain tetapi kajilah diri sendiri untuk mengetahui di mana silapnya yang memungkinkan cinta si suami beralih arah.

Kadang kala si suami bukannya hendak main kayu tiga tetapi sekadar untuk memberi peringatan kepada si isteri supaya jangan lupa tanggungjawabnya

Dari
Utusan Online…..

Saturday, June 11, 2011

Elizabeth Wong Bawak Wan Azizah Jumpa George Sorosss..! Dapat Berapa Juta USD…?


Drama Ape Kat Perbicaraan Datuk Sri Dr Khir Toyo…? Ade Agenda Umno Nak Kenakan Dr Khir..??

Bila dah mula perbicaraan kes bekas MB Selangor, Datuk Sri Khir Toyo nampaknya macam ade yang tak kena!!

Mula mula team pendakwaraya withdraw tuduhan pada sorang teman Dr Khir, nama dia Datuk Sulaiman Haryoni. Macam ade “barter trade” plak dah bila Datuk Sulaiman u-turn pergi masuk team pendakwaraya jadi “star witness”. Bila ini berlaku, nampak clear dah macam dah dah “move” untuk kenakan jugak Datuk Sri Dr Khir Toyo…!

Bila Datuk Sulaiman duduk dalam kandang saksi dia jadik gabra, dia tak boleh jawab soalan… Makin menarik dah cerita nie! Read more…, please click here

Friday, June 10, 2011

Fuyoo!! Shikin Begum Nak Saman Pengarah Filem KL GANGSTER? Shikin Begum Nie Sepupu Latheefa Koya..?


Dalam filem KL Gangster disebabkan ade guna skrip sebut keyword rahsia Pekida, contoh macam ranking “Ayah Long..”, wakil Pekida dah naik angin dengan anak Yusuf Haslam, Syamsul Yusuf….

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida…”

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya lagi.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

“Saya kecewa kerana pengarah tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu…” tambah Shukin lagi.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut, bukan sahaja tidak menghormati Pekida, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang…..

Sebelum filem ini kena GAM, jom cepat2 kita pergi tonton dulu…..!!

Tak Best Laa..!! Nur Jazlan Punya Pasal, Otai2 Bloggers House PK Dah Gaduh Dengan Papa Gomo..???




Aper dah jadi nie…???

LG raser tak best la tengok otai otai bloggers House PK dengan Papa Gomo dan tak sama pendapat bila timbul criter UDA Holdings…..

Dua dua brother bloggers nie memang LG sayang sangat2…! U oLzz digeruni oleh pihak Pakatan sebab u oLzz punya tulisan, pendedahan dengan otai2 bloggers yang lain macam Bro Gap, Bro Rbf, Bro Flying Kick, Pisau.net semua nie boleh buat Pakatan leaders tak tido malam….

Tengok u oLzz punyer team work masa by elections kat Kerdau, Tenang, Sarawak state elections memang mencengkam bro!!

Janganlah sebab Uda Holdings u oLzz dah mula ada krisis, tak nak la macam nie, tak best langsung!!!

Mula mula Papa Gomo dah spin kat blog dia defend ape yang dibuat oleh Chairman Uda Holdings, Datuk Nur Jazlan…, please refer articles Gomo - click
here, and here.

Semalam pulak, Blogger House PK balun balik siap kata Nur Jazlan Penipu Mempergunakan Bloggers…!! please click
here.

Alahaaaii, janganlah gaduh2 abang2 bloggers ku cayaaang…! U oLzz should keep up the good team work and concentrate to attack, attack…, and attack Pakatan sampai tumbang!! Tak mau la gadoh sesama sendiri…..! Pleaze…!!!

Ini Ker Wanita Melayu Penganalisa Video Porno..??


Please click here

Thursday, June 9, 2011

Dr Dzul Yb Pas Ucap Thank You Kat Khairy Jamaluddin Sebab KJ Sahkan Datuk Sri Najib Ke Kazakhstan Untuk Tunangkan Anak Dia…

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.

Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.

“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ek Ehh Leh..! Nik Aziz Nak Salahkan Tun Mahathir Pulak Dah..?


Karpal Singh yang kata langkah mayatku dulu “over my dead body” kalau nak tubuhkan negara islam…! Tapi apasal pulak Nik Aziz nak salahkan Tun Mahathir…??

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz, kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

"....seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh"

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Wednesday, June 8, 2011

KANTOI ..! Datuk Musa & Datuk Nur Jazlan Bersandiwara Aje Lah…. Mereka Tak Gaduh, Cuma Nak Cover Isu Jual Tanah Jln Sultan Ismail


Ramai dikalangan blogger nampaknya menghentam Dato' Musa Sheikh Fadzir dan menyiarkan kenyataan dari Pengerusi UDA Dato' Nur Jazlan Mohamed. Oleh kerana disensasikan, maka kelihatan Musa dan Nur Jazlan seakan-akan bertelingkah, walhal sebenarnya tidak.

Bagi aku, mereka berdua ni bertelingkah untuk mencipta satu isu sensasi untuk menutup isu yang lain.

Mula-mula cuba kau orang kaji, dari mana UDA Holdings cekau duit untuk bayar premium tanah bekas tapak Penjara Pudu yang berjumlah RM104 juta? UDA Holdings jual tanah kepada Mutiara Goodyear Development Berhad dengan harga RM215.5 juta. Nak bagi kau orang puas hati, aku paste kenyataan Nur Jazlan diterbit oleh
Utusan.

KUALA LUMPUR 1 JunUDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd. pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.

"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.

"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
– Bernama

Kalau kau orang dah check di Mutiara Goodyear Development Bhd, tertera nama Harun Faudzar yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif. Siapa pula Harun Faudzar? Harun Faudzar ialah sepupu Musa. Cuba tengok gambar (bawah) dan baca berita yang aku petik dari
Agenda Daily.


Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…

1. Antara yang kelihatan relax untuk berdepan dengan pemilihan Umno September ini ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir.
2. Sebagai Menteri Penerangan publisiti untuk dirinya memang tak tidak jadi masalah.
3. Bukan sahaja kerana pegang kementerian cerita Kadir kerap keluar tv dan suratkhabar.
4. Sejak di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dulu ahli Majlis Tertinggi Umno ini memang terkenal konsisten dengan kerjanya.
5. Sebagai Ketua Umno bahagian Kulim Bandar Bharu siapa pun tak boleh goncang kedudukannya.
6. Satu lagi kekuatan Kadir yang mungkin ramai tidak sedar ialah rangkaian keluarga besarnya yang jadi orang kuat di beberapa bahagian Umno.
7. Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.
8. Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.
9. Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.
10. Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.
11. Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.
12. Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.
13. Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno


Kenapa Musa cuma berkokok pada projek Bukit Bintang City Centre tapi tak sentuh pun berkenaan tanah 1.15 hektar milik UDA di Jalan Sultan Ismail yang dilupuskan kepada Mutiara Goodyear?

Sahabat-sahabat bloger sekelian, kita ni orang-orang jalanan. Baik Musa, Harun mahu pun Nur Jazlan, mereka ini orang politik dan businessmen. Mereka anggap kita semua ni bodoh. Sekarang sahabat-sahabat sekelian acukan cota ke kepalanya dan bukan kepada sepupunya Harun Faudzar.

Yang perlu kita ketuk, bukan sahaja kepala Musa tapi termasuk juga kepala Jazlan yang berlakon depan kita semua!

AKU MEMANG TAK PERCAYA LAKONAN DIA ORANG.



P/s; Respect buat owner article nie - please
click here!

Bangsa Malaysia..?? Mana Boleh….! Melayu tetap Melayu, Cina tetap Cina, India tetap India.

Dah kecoh dah… Yb Dap Hannah Yeoh buat kecoh kat ofis Pendaftaran Putrajaya semalam!

Kecoh sebab Hannah Yeoh nak daftarkan kelahiran newly born baby dia. Nak buat birth cert untuk baby dia laa. Bila masuk bab nak tulis bangsa pada borang, tiba2 Yb Dap nie nak bawak misi Malaysian Malaysia…! Baby dia nak didaftarkan sebagai bangsa Malaysia…? Mana ada bangsa Malaysia?

Belum lagi pakatan dapat tawan Putrajaya, dah buat hal nak tunjuk besar kepala pulak dah..!! Sesuka hati nak ubah sistem pendaftaran.

Hannah Yeoh bangsa cina, suaminya pula bangsa India nama dia Ramachandran. Anak kacukan laa sampai tak tahu nak kata bangsa cina atau india….

Bodoh jugak Hannah Yeoh nie sebab nampak sangat dia tak nak status bangsa anak dia dalam birth cert tulis INDIA. Selalunya anak akan ikut keturunan ayah..., lawak jugak kalau Hannah malu tapi kawin dengan india tak malu pulak??

Apa pun..., LG memang tak setuju kalau ade column untuk bangsa Malaysia. Tak boleh…!

Melayu tetap melayu…., Cina tetap cina…, India tetap India. Tak boleh samakan bangsa kita sebab adat kita berbeza2.

Nak kongsi sikit contoh kes. Kalau dah tak ade bangsa masing2 melayu, cina, India apa nak jadi kalau kita nak buat satu satu laporan..? Tak kan nak kata… “ sewaktu majlis sambutan tahun baru di padang terbuka kelihatan ramai anak bangsa Malaysia meminum arak ..” Padahal ayat tujukan kepada bangsa bukan melayu!

Nampak sangat semakin biadap dah Yb Yb Dap nak mencabar ketuanan melayu… Sekarang dah mula mainkan isu pendaftaran anak biar semua kaum sama rata, ini semua sebab Anwar Ibrahim yang ajar!! Siapa yang nak hapuskan keistimewaan hak bumiputera..??


Baca artikel nie dari Malaysiakini;

Dalam usaha menolak politik perkauman, seorang ADUN cuba mendaftarkan keturunan anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' tetapi diberitahu oleh pegawai jabatan pendaftaran, sistem sekarang tidak membenarkannya.

Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy.

Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan ‘bangsa’ tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”

Yeoh kemudiannya memilih untuk membiarkan ruangan itu kosong tetapi ini juga ditolak oleh pegawai berkenaan.

"Mereka berkata tiada peruntukan bagi mengosongkan ruangan itu. Sistem sedia ada tidak boleh mendaftarkan anak kami. Kami mesti memilih mana-mana satu bangsa,” kata ADUN DAP itu sambil menambah kategori 'lain-lain' juga tidak dibenarkan dipilih olehnya.

Pasangan yang kecewa itu kemudian memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran anak mereka tetapi diberitahu tindakan berkenaan akan mengusutkan lagi keadaan dan mungkin menjejaskan anak itu, umpamanya apabila mendapatkan rawatan perubatan dan perkara lain.

Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini.

"Saya akan menulis kepada perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara untuk membuat rayuan…”

"Sistem mendaftarkan rakyat mesti mencerminkan apa yang dilaungkan oleh perdana menteri setiap hari,” kata Yeoh.

FIFA Kejam..!! Nak Main Bola Tutup Aurat Pun Tak Boleh..?? Iranian Women Soccer Team Disqualified.


FIFA nie dah tak ade committee orang islam ker??

Tak kan lah nak tutup aurat pun jadik masalah..? Jumaat minggu lepas, team bolasepak wanita Iran tak dibenarkan main perlawanan Pre Olympic London 2012 sebab players Iran tutup aurat..!!

"I will file a complaint to FIFA against the individual in charge of holding the match," kata Presiden Iranian Football Federation Ali Kaffashian...

Shahrzad Mozafar bekas head coah bolasepak wanita Iran pula beritahu “ kerajaan Iran tak akan hantar pasukan bolasepak wanita sekiranya tidak tutup aurat…”

Disebabkan team Iran tetap nak pakai hijab tutup aurat, FIFA terpaksa batalkan perlawanan Iran lawan Jordan dan beri walk over kepada Jordan 3 – 0.

LG rasa FIFA tak patut diskriminasi cara ilsam berpakaian…, yang penting semangat kesukanan! Kalau pakai dedah sana sini pun, bila beraksi hampeh pun tak guna jugak….

Agak agaknya bila Pas Kelantan nak buat macam nie? Kalau tak silap LG sukan kat Kelantan pun wanita masih bebas bukak aurat…

Hhhmmmm… rasa rasanyer Kelantan tak kan berani buat kot sebab nanti bila Lim Guan Eng atau Karpal Singh bersin jer mesti kensel undang undang pakaian tutup aurat macam nie…!!

Full story…, please click
here

Tuesday, June 7, 2011

Issh.. isshh.. isshh..!! Ade Lagi Latest Scandal Khalid Ibrahim..??



Hhhmmm...!! Apa lagi la kisah Mb Selangor nie?? Please click here