Saturday, February 19, 2011

Masya Allah..., Adik Umairah Perlukan Bantuan Kita Semua

Rasa nak menitik air mata LG baca kisah sedih adik Umairah yang kena penyakit Hidrosefalus. Kesiannya, kepala dia membesar setiap hari... Tengok gambar atas tu, usia dia baru jer 13 bulan. LG doakan rakyat Malaysia tak sayang duit nak derma kita bantu...

Kalau ade doktor2 atau pakar rawatan yang boleh bantu lagi bagus, besar pahala..!

POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEBAHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI

Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA
+60137733676

No comments:

Post a Comment