Monday, November 1, 2010

Rakyat Malaysia Mesti Tolong Doakan Perdana Menteri Cepat Sembuh...!

Saya mendapat perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Menurut Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Pemimpin kita

Berita Dari Blog Gelombang Rakyat

1 comment:

  1. penat lelah menjadi seorang pemimpin...meski dihujani dengan pelbagai kritikan menjatuhkan tidak juga terkecuali pelbagai fitnah...yang cuma Allah tempat segala pengharapan...

    beliau tetap jua berdiri gagah meski hatinya hanya Allah yang mengerti betapa pedih menyaksikan rakyat yang rela memperdagangkan negara...mengadaikan maruah 'agama'...maruah bangsa merdeka...hanya untuk 'kuasa'...dunia.

    apapun masih ramai lagi insan yang mensyukuri nikmat keamanan..tanpa rasa takut keluar untuk beribadat...berdakwah...di samping memenuhi tuntutan kehidupan yang lain...

    semoga DS Najib sentiasa di dalam perlindungan Allah...semoga dikurniakan kesejahteraan nikmat kesihatan...ketabahan...dan dikelilingi sahabat2 yang ikhlas dalam perjuangan...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete