Monday, November 29, 2010

KEJAM Gilerrr...!! Rakam Aksi ROGOL Guna Handphone...

KUALA LUMPUR (Nov 26): Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.


Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


(SOURCE: Harian Metro)


4 comments:

  1. BABI!!!! PEROGOL PERANGAI BABI. AKU DOAKAN KONEK DIA AKAN BUSUK BERNANAH PERLAHAN-LAHAN. RASAKAN!!!

    ReplyDelete
  2. Bagus lah ini lah Pak Lah dan NGO nak Rakyat Malaysia di perlakukan sapertri ini, jika Polis tangkap tibai mangkuk2 ni NGO/Pembangkang akan bela Penjenayah ini bila kejadian ni berlaku pada keluarga mereka sendiri sudah tentu meka akan minta Polis ambil tindakan Keras.. Pundek lah.. Tahniah Pak Lah.. Penjenyah era kamu bermula mereka di jadikan HERO.. harap2 mangsa ni geng puak2 Pembangkang atau NGO yg bebal tu...

    ReplyDelete
  3. dasar anjing !!! jangan nanti bila bangsa tertentu mampus kena tembak , Ada NGO dan parti politik tertentu pegi salahkan Polis dan mahu lindungi penjenayah pula . Patutnya kejadian ni berlaku terhadap Pemimpin parti politik dan NGO yg seringkali melindungi penjenayah !!!

    ReplyDelete