Wednesday, February 11, 2009

Why Karpal Alone? DAP Pun Penderhaka Juga...


Apa nak jadi negara ku cintai nie..???
Dah ada penderhaka kepada Sultan pun ada juga yang masih nak menyokong??

Though I’m really packed with my training schedules these days, tapi rasa teruja jugak nak tulis di blog ini! Masa sangat terhad, bertambah teruja tersangat-sangat bila baca banyak tulisan article pada geng geng BPN Bloggers, you guyz really great…!!! Keep up the gud work!

There’s something a bit not right here when most people dok serang dan bantai si banggali kondey yang tak bertuncit nie! Who do you call..? Karpal Singh…..

Actually, those malays yang bangkit mempertahankan kedaulatan Sultan dan institusi raja mestilah kaitkan DAP dalam hal ini..! Tindakan derhaka Karpal yang mahu saman Sultan Perak seharusnya kita lihat dari aspek lebih luas supaya rakyat melayu akan lebih terbuka mata melihat siapa sebenarnya DAP ini. For example, banners mestilah bertulis “DAP Derhaka Kepada Sultan”, “DAP Jangan Biadap Dengan Sultan”, “DAP Jangan Bakar Kemarahan Melayu” and many others yang boleh kaitkan DAP, jangan hanya menyerang Karpal seorang. These few days kita lihat sendiri one after another protest dari rakyat yang benar-benar melayu sayangkan institusi raja.

Ingat, si Karpal Singh nie adalah Pengerusi DAP, and its our duties untuk terus sedarkan rakyat melayu, terutamanya di Perak yang selama 10 donkey months duduk bawah pemerintahan DAP! Betapa bodohnya mereka sanggup jadi demonstrator suruhan DAP buat hura hara di masjid Ubaidiah sewaktu upcara angkat sumpah Dr Zambry minggu lepas…..

In my opinion, kita mesti labelkan Karpal & DAP adalah Penderhaka kepada Sultan, biar rakyat tahu apakah nasib mereka jika kerajaan pusat jatuh ketangan Pakatan Rakyat yang sudah tentu akan ada wakil DAP memegang important role in their government structure!
Ok frenz n followerz [ ceh waah, dah ade followers la..], I’ve got to go now, back to work, mengadap my preparations. Esok my last day, dah tiga hari berkurung kat resort nie kena conduct training, while business tengah laku, cari makan…., nak besarkan anak.
Yeah, esok boleh balik.., “Umi rindu kat Qistina…”

4 comments:

  1. heheh..puan lawyer..
    kadang sakit kepala otak sampai ke tengkorak pk benda2 yg berlaku..
    argh..malas layan benda2 ni..x relevan buat masa ni...
    fokus idup nak ditumpukan dulu...
    " Ya ALLAH..ko lindungi kami semua,ko tunjukkan kebenaran,ampunkanlah kami,berikan kami petunjukan..sesungguhnya kau maha pemurah,maha pengasih lg maha penyayang.Amin.

    be positif!

    ReplyDelete
  2. atas perasaan ingin tahu, dan selepas bertanyakan rakan-rakan, penulis berpeluang menyemak buku teks sekolah yang membicarakan Perlembagaan Negara.

    Buku itu adalah; Teks Pengajian Am STPM Kertas 1 dan 2 (Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd � Oxford)

    Penulisnya adalah Wong Khek Seng; Raminah Haji Sabran; dan Kok Meng Kee.

    Dalam Bab 6: Sistem Kehakiman Malaysia ditulis:

    Mahkamah Khas (muka surat 183)

    1. Mahkamah-mahkamah Khas membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

    2. Mahkamah ini tertutup (kecuali Mahkamah Syariah) dan tidak terbuka kepada orang ramai.

    Jadual 6:4 (Jenis-jenis Mahkamah Khas di Malaysia) Mahkamah Khas Raja-Raja � kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

    Mahkamah lain adalah Mahkawan Juvenil; Mahkamah Syariah; Mahkamah Tentera; Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Perusahaan.

    Mahkamah Khas Raja-Raja (muka surat 185-186)

    1. Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993.

    2. Mahkamah ini membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya.

    3. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur.

    4. Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat.

    5. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya mula dimulakan oleh Peguam Negara.

    Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

    Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini:

    1. Dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

    2. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi.

    3. Dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

    Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja

    1. Mahkamah Khas ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan.

    2. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sam seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

    3. Semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

    4. DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih.

    Demikianlah, selepas membaca bahagian ini, barulah penulis faham mengapa Karpal Singh begitu berani mahu menyaman Sultan Perak. Dia yakin dia ada hak berdasarkan kewujudan Mahkamah Khas Raja-Raja ini.

    Berdasarkan catatan buku itu dinyatakan, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993. Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada tahun ini?

    Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Kapal tidak akan dapat menyaman Sultan Perak tanpa Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja�Raja) yang turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri (sekarang ini) Najib Razak dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

    "Pindaan itulah yang mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu," katanya, sambil menambah adalah menghairankan ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah Karpal.

    "Sepatutnya mereka menunjuk perasaan di depan pejabat Najib membantah tindakan beliau dan para pemimpin Umno dan BN lain yang menyokong dan meluluskan rang undang-undang yang membolehkan raja-raja Melayu disaman," katanya.

    Karpal, katanya, tidak akan mendapat laluan jika pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu. "Adalah kelakar jika orang menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan itu tidak dimarahi," katanya.

    Berdasarkan FAKTA buku Pengajian Am itu, adalah penting untuk penunjuk perasaan Umno terutama pemuda dan puterinya yang berpendidikan tinggi (sekurang-kurangnya lepasan STPM yang sudah belajar Pengajian Am) untuk memikirkan rasional mereka menunjuk perasan.

    Janganlah menunjuk perasaan berdasarkan sentimen emosi sebaliknya bertindaklah berdasarkan MAKLUMAT dan ILMU. Janganlah diingkari ilmu yang ditimba di sekolah dan universiti dulu..:)

    ReplyDelete
  3. typical nationalist......melayu bermatlamat islam atau islam yg bermatlamat melayu

    ReplyDelete