Saturday, August 4, 2012

Yb Kuala Langat Kata "Kalau Diberi Pilihan Siapa Saya Perlu Halau.., Saya Akan Pilih Halimah [Isteri Tua]..."

Nampaknya semakin gelap dan hancurlah harapan Halimah Mohd Sahat untuk kembali kepangkuan suaminya, Abdullah Sani wakil rakyat PKR Ahli Parlimen Kuala Langat...

Menerusi portal Malaysiakini, Yb PKR itu membuat pengakuan bahawa sekiranya diberikan pilihan siapa yang akan dihalau dari rumahnya, maka jawapannya ialah Halimah merujuk kepada isteri pertamanya...

Alasan yang diberikan oleh Abdullah Sani menyatakan bahawa Halimah berdegil tidak mahu bermadu untuk menerima Faizah Ariffin [foto diatas] sebagai madunya..!

Bijak sungguh Yb PKR ini melepaskan tengkuknya apabila mengheret juga ibunya sebagai perisai untuk mempertahankan diri... Kunuunnya, Halimah tidak suka kepada ibunya, malah menuduh Halimah tidak senang dengan keputusan untuk Abdullah Sani menjaga ibunya yang sedang sakit ahmar.

Tak masuk akal...!

Mengikut kisah yang diceritakan oleh isteri pertama Yb PKR ini, wanita berusia 48 tahun itu juga mempunyai nilai kasih sayang terhadap ahli keluarganya sendiri. Apa yang diceritakan oleh Halimah beliau pulang ke kampungnya seorang diri kerana Abdullah Sani enggan membuang masa menziarah ayah Halimah apatah lagi menjaga orang tuanya yang jatuh sakit...

Ayuh, mari kita singkap semula sedikit sedutan daripada apa yang telah diceritakan oleh isteri pertama Yb PKR itu sebelum ini;
Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. [full story, klik sini]
Nampak jelas..? Daripada kisah yang diceritakan oleh Halimah beliau sudah kematian ibu, mana mungkin boleh bersikap benci kepada ibu mertuanya..?

Tambahan pula, situasi yang agak serupa dimana ayahnya juga tidak sihat, oleh itu adalah terlalu mustahil untuk wanita ini tidak memahami keadaan ibu mertuanya...!

Terbukti bahawa Yb PKR ini memiliki "ilmu" daripada Big Bossnya Anwar Ibrahim. Ilmi "tai-chi", bijak untuk "divert issue", mengalihkan tumpuan...! Yang sebenarnya, Abdullah Sani yang tidak mahu melayan karenah bapa Halimah yang sedang sakit, TETAPI beliau pusing cerita kembalikan beban itu kepada isteri pertamanya itu.

Tindakan tersebut saling tak tumpah dengan kelakuan Anwar.., dia yang meliwat Saiful, dia yang berlakon dalam video porno China Doll tetapi lihatlah jawapannya.., "ini semua kerja jahat UMNO dan Barisan Nasional..!"

Dalam penjelasan putar belit Yb PKR ini kepada Malaysiakini, beliau menyatakan bahawa isterinya berbohong dalam laporan polis diatas ini.

Sekiranya benar ini semua satu pembohongan, kenapa tidak Abdullah Sani membuat laporan balas bahawa Halimah telah membuat laporan palsu..? Bukankah itu kaedah terbaik untuk membersihkan namanya sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Kuala Langat..?

Game plan Yb PKR ini divert issue dan mengalihkan beban kesalahan kepada Halimah adalah "duplicate character" kepada mana mana pimpinan Pakatan Rakyat..! Malah terserlah sikap HARAM JADAH Abdullah Sani menggunakan persoalan siapa harus dia "halau" dari rumah jika diberikan pilihan samada isteri pertama ataupun ibunya memang tidak masuk akal..!

Seharusnya Yb PKR ini bijak dalam membuat tindakan ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak...

Memang benar syurga seorang anak dibawah tapak kaki ibu, maka Abdullah Sani mengguna pakai helah itu untuk halau Halimah. TETAPI bagaimana pula dengan nasib anak anak mereka..? Bukankah anak anak hasil perkongsian hidup Yb PKR itu bersama Halimah juga perlukan ibu mereka..? Kenapa mahu dipisahkan..? Syurga anak anak Abdullah Sani dibawah tapak kaki Halimah...!

Memetik kata kata sinis Yb PKR itu kepada Malaysiakini, "Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah). Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh,"

Isteri kita boleh cari..? Bukankah Abdullah Sani terlebih dahulu mencari isteri keduanya sebelum krisis ini timbul..?

Tak percaya..? Baca semula disini

Alasan sebenar [basic reason] tindakan Yb PKR Haram Jadah ini kerana Halimah enggan menerima Faizah sebagai madu...

Tetapi diatas "kecerdikan" Abdullah Sani mengguna pakai "ilmu" Anwar untuk divert issue maka ibunya dijadikan lesen mendapat restu penyokong penyokong dan ahlol ahlol tolol PKR menghalalkan tindakan menghalau isteri pertamanya itu.

Sumber-Blog MIK

1 comment:

  1. lu patut tukar nama blog lu kpd lawyer banggang,bilalah agaknya kau akan takutkan Allah swt, bulan puasa pun buat fitnah, mengaku lawyer tapi tak percayakan mahkamah, dalam hukum islam (kalau kau masih islamlah) haram seorang isteri meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami walau pun bapa dia sendiri yg meninggal dunia. tulah sokong lagi umno, hukum agama sendiri pun tak tahu. cepat2lah tinggalkan umno, taklama lagi umno nak mampooooos.

    ReplyDelete