Thursday, April 5, 2012

Wan Azizah Diminta Berundur.....


Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berundur daripada bidang politik jika masih enggan menyatakan pendirian berhubung dakwaan salah laku moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, Wan Azizah bertanggungjawab untuk menjelaskan isu-isu tersebut kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR.

''Kalau tidak berani buat penafian, Wan Azizah perlu meninggalkan bidang politik agar beliau boleh menjadi isteri sepenuh masa.

''Beliau sewajarnya menjawab sama ada tuduhan yang dibangkitkan terhadap Anwar itu benar atau tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saidatul Badru berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah terhadap dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung skandal moral Anwar.

Dalam masa sama tegasnya, Wan Azizah tidak perlu takut untuk tampil ke depan sekiranya beliau yakin Anwar yang juga Ketua Pembangkang, bersih daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

Sikap berdiam diri Wan Azizah katanya lagi, hanya mengelirukan rakyat dan mengeruhkan keadaan.

''Pada pandangan saya, pihak pembangkang lebih-lebih lagi Wan Azizah memilih pendekatan berdiam diri sebagai satu strategi politik bagi menutup isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

2 comments:

  1. ....jam tangan OMEGA ada dlm simpanan! MANA DIA? Kantoi!

    ReplyDelete
  2. jam tangan yang kau sibuk kan,geng2 united lembu bagi pelingkup negara ni kau tak peduli..memang tahap lembu sampai mampos dan bahgia duduk tepi kolong w/pun pemimpin penyamun kau duduk rumah besar kat bandaraya?nasib bodoh tak bolih diajar!!!!

    ReplyDelete