Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU....., DAULAT TUANKU..., DAULAT TUANKU...!


Blog LG mohon merafak sembah menjunjung kasih kepada Tuanku Abdul Halim Muazam Shah sempena pertabalan Yang Dipertuan Agung Yang Ke 14 mengganti Sultan Terengganu Tuanku Mizan.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang diperakui sejarah dan dokumen-dokumen perjanjian yang lepas adalah terletaknya negeri-negeri melayu sebagai negeri-negeri berdaulat yang wujud dan sah. Yang Dipertuan Agung merupakan simbol kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memberi perakuan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, sah dan wujud.

Majlis Keselamatan Negara, Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di- Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Dalam lain perkataan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah Ketua Kerajaan.

No comments:

Post a Comment