Tuesday, April 3, 2012

Happy Gilerr Budak UNISEL Selangor.... Terima Kaseh Kat Anwar Ibrahim & Pakatan Pembangkang!

Anwar Ibrahim berjanji, sebaik-baik sahaja Pakatan berjaya merampas Putrajaya dan dia menjadi Perdana Menteri, maka semua hutang PTPTN akan dimansuhkan, malah pendidikan secara percuma akan dilaksanakan di negara ini. Tidak cukup setakat itu, 'malam ini saya menang, pagi esok minyak turun harga'.

Janji-janji Anwar Ibrahim itu tidak ubah seperti JANJI-JANJI DAJJAL AL-MASIH sedangkan dia sedar, dia tidak akan berkemampuan untuk mengotakan janji-janjinya itu.

Umpama menjanjikan makanan kepada si lapar dan air kepada si haus, sedangkan makanan dan air minuman tiada di tangan, itulah yang dilakukan oleh Anwar bin Ibrahim, bapa segala pembohongan di Malaysia.

Mungkin kaum pembebal akan mudah termakan gula-gula beracun Anwar Ibrahim. Namun bagi yang ada mata, ada hati, ada fikiran dan ada iman, pasti mengetahui bahawa Anwar Ibrahim adalah PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR yang belanjawannya sangat besar walaupun kerja-kerjanya untuk Selangor, langsung tidak mendatangkan sebarang hasil selain berpolitik sepanjang masa.

Kalaulah benar bagai yang dikata, seharusnya bermula dari pengambilan baru di UNISEL, para pelajarnya tidak lagi dikenakan yuran walau satu sen pun untuk sebarang perkara. Malah, sara hidup bagi golongan penganggur di Selangor sudah pun mulai diberikan, tanpa perlu menunggu sehingga perlu menawan Putrajaya. Harga petrol di Selangor juga sudah boleh diturunkan tanpa perlu menunggu sehingga menawan Putrajaya.

Sebabnya amat mudah. Selangor merupakan salah satu daripada entiti Malaysia. Selangor mempunyai pentadbiran dan kerajaannya sendiri. Selangor juga mempunyai pendapatan serta perolehannya sendiri. Selangor juga mempunyai peruntukan kewangannya sendiri.

Alasan menawan Putrajaya terlebih dahulu sebelum semua perkara yang dijanjikan boleh dikotakan, merupakan salah satu daripada siri-siri pembohongan yang bukan sahaja membodohkan rakyat Selangor yang sememangnya bodoh, tetapi juga mereka yang celik dan ada pengetahuan, apatah lagi para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah cukup terkenal, gagal menggunakan fungsi otak mereka dengan betul!

Segala retorik Manifesto PRU12 yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dahulu, sehingga sekarang masih tidak ditunaikan. Mana duit untuk bayi-bayi baru lahir? Mana duit untuk warga tua? Mana duit untuk pelajar-pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading? Mana duit untuk pelajar-pelajar cemerlang? Mana dan mana?

Sekarang nak buat janji baru pula?

Apakah rakyat Selangor selama ini kenyang dengan janji-janji semata dan kemudian boleh buat-buat lupa dengan janji-janji yang ditabur?

Bagaimana pula dengan keadaan jalanraya di seluruh Selangor yang sangat teruk di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor? Mengapa jalan-jalan yang diselia oleh Kerajaan Persekutuan jauh lebih baik walaupun Kerajaan Negeri Selangor mendapat peruntukan MARRIS RM400 juta setahun untuk penyelenggaran dan pembaikian semua jalan negeri dan bandaran?

Kenapa tak jadikan UNISEL sebagai universiti percuma sebagai tanda Anwar Ibrahim benar-benar ingin mengotakan janji-janjinya? Mengapa tidak diturunkan cukai tanah dan cukai pintu di Selangor yang telah dinaikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kalau benar hendak memberikan sara hidup kepada penganggur dan golongan marhein?

Janji... semua orang boleh berjanji. Janji dulu pun tidak tertunai, sekarang nak buat janji baru?

Elok Anwar Ibrahim mula sukat kain kapan pada batang tubuhnya... manalah tahu, nanti kalau dah mati, tak cukup inci pula kain kafan untuk membaluti tubuhnya!!!

Blog
The Flying Kick

1 comment:

  1. Mana pergi anak haram si gay jamban Adam Adli nak berarak depan masjid Shah Alam ke bangunan SUK Selangor 6 hb April lepas? kecut telor tak datang sebab muka dah bengkak kena tumbuk bonser Kerinchi. Harap berani depan toy boy jer.

    ReplyDelete