Sunday, April 22, 2012

Datuk Saifuddin Abdullah Akui... Tauke IPTS Boleh Bankrap Kalau PTPTN Dihapuskan..!


Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika dibuat boleh menjejaskan operasi 60 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf Universiti dan Kolej Universiti di negara ini dan sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran...

Juga ketiadaan pinjaman PTPTN akan menyebabkan keluarga miskin menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Sambil beliau berkata "lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi... kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup...

Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik... malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara" katanya.


Tambah beliau lagi "Pada 1997 Kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Oleh itu kerajaan terkilan dengan tindakan Ketua Pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan... tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai".

No comments:

Post a Comment