Friday, November 18, 2011

Sekarang Siapa Jadi Lembu..?? Pembangkang Atau Famili Datuk Seri Shahrizat....?

Syarikat projek ternak lembu kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mempertahankan tindakannya membeli dua kondominium mewah dan menyifatkannya sebagai keputusan pelaburan yang bijak.

Bercakap pada sidang akhbar kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negri Sembilan, semalam, pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial bagi melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya.

Mohammad Salleh yang juga adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan membiarkan dana sebagai simpanan tetap mungkin akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad pula memperthankan hujah itu dan berkata syarikat berkenaan menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Mohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Dalam pada itu, Mohammad Salleh berkata pihaknya, belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat ekonomi PKR, Rafizi Ramli kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap syarikat dan ahli keluarganya.

“Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

1 comment:

  1. lawyer lydia,

    siapa jadi lembu?
    siapa dapat rm250 juta(loan atau geran)?

    siapa jadi lembu?
    igp kot! cbt apa?
    takde details of escrow account instructions
    apa ada kes!

    siapa jadi lembu?
    pdrm jadi lembu
    rakyat jadi lembu

    ini cerita 99% vs 1%
    semacam cerita OWS kah?
    the bulls and the bears

    tapi ada orang kata
    duit itu ada insuran...

    nabi mana jaga kambing?

    salam takzim

    ReplyDelete