Thursday, November 24, 2011

Air Kotor Di Kelantan...! Pru ke 13 Pas Akan Kalah Di Kelantan....

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum akan datang merupakan masa yang terbaik buat rakyat Kelantan menyatakan pendirian selepas mereka diabaikan PAS yang memerintah negeri ini sejak 1990.

Timbalan Perdana Menteri berkata tidak ada sebab lagi bagi rakyat Kelantan untuk terus memilih PAS, yang ternyata menzalimi mereka selama ini.

“Sudah sampai masanya rakyat Kelantan untuk menukar kepimpinan. Dengan apa yang berlaku rakyat Kelantan sudah pun jelak dan mereka perlu lakukan sesuatu agar Kelantan tidak terus ketinggalan.

“Kelantan masih jauh tertinggal ke belakang seperti masalah air yang masih belum selesai. Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM600 juta untuk selesaikan masalah air tetapi kerajaan Kelantan masih gagal menyelesaikannya,” kata Muhyiddin.

No comments:

Post a Comment