Tuesday, November 8, 2011

Rafizi Ramli Nie Masa Budak2 Dulu Dia Jaga Lembu Ker..??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

Menurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

"Keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Manakala pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad," kata Rafizi.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment