Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.
Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.
Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.
Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.
Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir. Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.
Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya. Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.
Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.
Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.
Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.
Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.
Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).
Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya. Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.
Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media. Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu memusnahkan negara ini.
Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata. Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.
Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam.
Beruang Biru...

No comments:
Post a Comment