Thank You Pak Lah…..
Esok Pak Lah akan mengadap Yang DiPertuan Agong to officially hand over his premiership as PM.
Lepaih nie, Pak Lah boleh dok kat rumah jaga cucu…., sebab ayahnya akan sibuk nak satukan pemuda pemuda UMNO satu Malaya…., ayah kepada cucu Pak Lah tu pun kena kembalikan sokongan orang muda pada UMNO-BN, betoi tak..?? Jadi Pak Lah tak payah la dok risau pasai Malaysia lagi, boleh pi main dengan cucu no…
Esok Pak Lah akan mengadap Yang DiPertuan Agong to officially hand over his premiership as PM.
Lepaih nie, Pak Lah boleh dok kat rumah jaga cucu…., sebab ayahnya akan sibuk nak satukan pemuda pemuda UMNO satu Malaya…., ayah kepada cucu Pak Lah tu pun kena kembalikan sokongan orang muda pada UMNO-BN, betoi tak..?? Jadi Pak Lah tak payah la dok risau pasai Malaysia lagi, boleh pi main dengan cucu no…
Meanwhile on Friday 3rd March, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijadulakan akan mengangkat sumpah sebagai our new PM…!
Once its all done then, all speculations, rumors yang kononnya Pak Lah tak akan serah kuasa pada Najib akan berakhir.
Najib is also expected to name his new cabinet line up after all three by elections at Kedah, Perak and Sarawak.
Let’s us wait and see next Parliament seating, Najib will be seated face to face with Anwar. Menjelang hari hari akhir Pak Lah, pelbagai usaha pembangkang especially Anwar Ibrahim tried to damage character Najib to make sure this Yb from Pekan doesn’t succeed Premiership from Pak Lah, tapi niat jahat pembangkang gagal, insya allah hari Jumaat nanti Najib akan secara sah menjadi PM.
I am expecting ministers under this new Boss will perform better and some of my colleagues anticipated oppositions leaders will gonna have really HARD TIMES, especially Anwar Ibrahim…..
Once its all done then, all speculations, rumors yang kononnya Pak Lah tak akan serah kuasa pada Najib akan berakhir.
Najib is also expected to name his new cabinet line up after all three by elections at Kedah, Perak and Sarawak.
Let’s us wait and see next Parliament seating, Najib will be seated face to face with Anwar. Menjelang hari hari akhir Pak Lah, pelbagai usaha pembangkang especially Anwar Ibrahim tried to damage character Najib to make sure this Yb from Pekan doesn’t succeed Premiership from Pak Lah, tapi niat jahat pembangkang gagal, insya allah hari Jumaat nanti Najib akan secara sah menjadi PM.
I am expecting ministers under this new Boss will perform better and some of my colleagues anticipated oppositions leaders will gonna have really HARD TIMES, especially Anwar Ibrahim…..
SALAM SAUDARI
ReplyDeleteAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN DAN PENYIKSAAN YG PENUH RANJAU AKAN BERAKHIR ESOK. BERMULA LAH EPSOD BARU YG AKAN MEMPERKASAKAN PERJUANGAN UMNO YG JITU..HARAPAN RAKYAT MALAYSIA
Muka depan.
ReplyDeleteKhutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...
Muka 2.
Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.
Muka 3.
Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.
Muka 4.
Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)
MCA tuntut jawatan TPM Cina
ReplyDeleteApr 3, 09 3:03pm
Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".
"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.
"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.
Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.
Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.
"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.
Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.
"(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.
"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."
Saudari,
ReplyDeleteDi sebelah kanan blog ini tertera kata2 mengajak kita berdoa!Saya insaf!!
Dibawahnya pula,foto simanja..saya dapat agak yg saudari seorang ibu yg begitu penyayang.
Bila terpandang gambar2 mangsa peperangan...hati saya tersentuh..,nah betapa saudari punya sifat yg begitu perihatin pada permasalahan dunia!
Tetapi....saya benar2 keliru pabila saudari mengaibkan gambar seorang bekas pemimpin yg mewakili bangsa saudari,agama dan negara saudari!!
Seolah-olah tiada langsung kebaikan yg dilakukannya!!
Mengaibkan beliau disaat-saat akhir...!Apa yang kita dapat?Kepuasan?Kemenangan?
Ya..anda telah menang...beliau telah meletak jawatan!Puas?...ya mungkin sekarang..tapi ingatlah...,bila kita menghina orang lain...,satu hari nanti yg dihina itu lebih baik dari kita!!
Ingat..pendapat boleh berbeza,tapi pegangan kita tetap sama..ISLAM!!