BANGI,
 9 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik 
Abd Rahman menyifatkan reaksi agresif daripada pihak bukan Islam 
terhadap kenyataannya sebelum ini hanyalah mahu menutup mulut orang 
Melayu supaya agenda mereka tidak tergugat.
“Orang
  Cina dan India yang bertindak agresif mengeluarkan kenyataan dan ada 
yang membuat laporan polis, mereka  sebenarnya ingin menutup mulut orang
 Melayu.
“Mereka
 bimbang dengan pendedahan kita yang akan menjejaskan hasrat mereka 
untuk merubah identiti negara, menghapuskan hak Melayu, kedaulatan 
Melayu dan agama Islam,” tegasnya dalam satu sidang media yang diadakan 
di pejabat ISMA, hari ini.
Katanya,
 kenyataan mengenai kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama 
penjajah British merupakan satu bentuk pencerobohan yang dikeluarkan 
sebelum ini adalah untuk  mengingatkan orang Cina supaya berhenti 
daripada keterlaluan dalam mencampuri urusan negara.
Ia juga sebagai peringatan kepada orang Melayu supaya bangkit mempertahankan hak dan membetulkan kesilapan lalu.
“Jadi saya menolak sama sekali tanggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk menghasut.
“Sebaliknya
 itu merupakan satu seruan penting supaya merujuk ke belakang dalam 
rangka menggariskan masa depan agar orang bukan Islam tidak terus 
melampau dalam mencampuri urusan orang Islam.
“Jadi
 apa yang penting, kita mahu mereka menghormati orang Islam dalam 
menentukan masa depan negara yang kita imani,” ujarnya kepada pemberita.
 
No comments:
Post a Comment