KOTA BHARU – Sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan polis
Khamis lalu dipercayai menjadikan negeri ini sebagai tempat transit
ketika membawa masuk dadah dari Thailand.
Dadah berkenaan kemudiannya akan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum disimpan di bandar raya itu sebagai tempat simpanan utama.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor
Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah memantau sindiket dadah berkenaan
sejak beberapa bulan lalu yang dipercayai mempunyai jaringan di
Thailand, tenaga kerja di Kelantan dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.
The King and U
12 hours ago
No comments:
Post a Comment