Sunday, January 22, 2012

Ramai Dah Puas Hati Dengan Penjelasan NFC....


Wakil daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata, keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini hari ini.

”Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.

Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.

Ibrahim berkata, mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.

Isu NFC, yang terlibat dalam projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.

3 comments:

  1. Syabas kepada Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai jabatan kerana telah melaksanakan tugas-tugas mereka dengan baik. Sekarang biarlah pihak MACC dan rakyat menentukan keberupayaan pengurusan NFC sekarang yang mana kesan prestasi pengurusan tempoh 2010-2011 mereka telah khalayak umum ketahui.

    Syabas Jabatan Audit Negara, MACC dan rakyat.

    Ibrahim Ali pun pandai cari nama - tahniah.

    Sekian

    ReplyDelete
  2. bagus lah kalau mcm tu .... tapi isu ini perlu diselesaikan sebelum menjelang PRU-13 yg akan menjelma bila-bila masa je.

    Segala spekulasi yang sengaja diada-adakan oleh puak2 Homeseksual maka terjawap lah sudah.

    ReplyDelete
  3. apa pun jangan lupa follow blog teman yer

    http://talkwithhand.blogspot.com

    ReplyDelete