Wednesday, January 11, 2012

Latest..!! Dr Hasan Ali Tak Hadir Mesyuarat Exco Tadi...

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, yang dipecat daripada parti baru-baru ini, tidak menghadiri mesyuarat Exco kerajaan Selangor hari ini kerana beliau sedang bercuti.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan portfolio Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

"Mesyuarat Exco hari ini hanya berbincang mengenai program kendalian kerajaan negeri bagi faedah rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini.

No comments:

Post a Comment