Saturday, January 7, 2012

Kalau Umno Nak Menang....

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO memerlukan perubahan meliputi transformasi ‘orang dalam’ parti untuk terus kekal relevan.

Presiden UMNO berkata, atas dasar itu, UMNO tidak lagi boleh bersandar kepada nilai-nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu realistik dengan memandang jauh ke hadapan kerana perubahan landskap politik bukan hanya ‘melanda’ negara tetapi dunia.

“Kita (UMNO) tidak boleh jadi parti automatik first choice tetapi kena buktikan yang kita benar-benar pilihan utama.

“Dahulu, letak songkok pun boleh menang tetapi kini kita dituntut benar-benar berwibawa dan bebas daripada kontroversi.

“Justeru, saya akui kita masih ada ruang penambahbaikan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kita perlu perubahan termasuk orang dalam UMNO sendiri. Dan, perubahan itu adalah sesuatu yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

No comments:

Post a Comment