Thursday, February 27, 2014

Tahniah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya Bakal Jadi Yb Di Sarawak....

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya ketika ditemui sama ada bersedia menjadi calon mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sebagai orang yang telah dididik oleh Abdul Taib, beliau akur dan sentiasa bersedia jika diperlukan.

"Sebagai orang yang dididik oleh Abdul Taib selama ini, saya sentiasa akur dan taat kepada apa sahaja arahan beliau termasuk saya sendiri ke Perlis enam tahun lalu pun adalah atas arahan beliau sendiri.

"Maka saya sentiasa ingin menyumbang sebagai mana beliau mahu menyumbang kepada negeri dan negara," jelasnya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, soal calon dibincangkan oleh peringkat tertinggi PBB dan bukan tempatnya bagi memberi lebih penjelasan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat ini.

Pada 12 Februari lalu, Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari dan akan digantikan oleh Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu.

No comments:

Post a Comment