Friday, October 29, 2010

WOW Melayu Moden..! Siape HOT Mama Yang Bela Anak Ikan Nie..???


HAQ The Movie, sebuah filem berkonsepkan thriller memaparkan kisah dua saudara mempunyai kuasa ajaib dan saling bersaing antara mereka. Filem ini akan menemui anda pada 27 Januari 2011 bukan sahaja dipenuhi dengan babak aksi, malah ada juga adegan panas yang dilakonkan oleh watak utama, Nanu Baharuddin & Ady Putra.

Nanu yang pertama kali melakonkan babak panas tersebut walaupun sudah 20 tahun berlakon mengaku gementar dan takut sewaktu berdepan dengan Ady Putra. Nanu, walaupun sudah agak berumur beliau masih mengekalkan identitinya sebagai hot mum seantero Malaysia, boleh dijadikan daya penarik yang kuat buat anda untuk menonton filem ini.

Dari segi trailer, kami dapat rasakan filem ini mempunyai jalan cerita yang kuat, tambahan lagi didokong oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Boleh kami katakan, HAQ The Movie merupakan filem wajib tonton 2011!


Dipetik dari website Oh! Bulan

2 comments:

  1. org yg boleh dibodohkan jer tgk cite nie kot....

    ReplyDelete