Tuesday, August 7, 2012

MISI Anwar...!! Sabah Jadi Negeri Kristian

Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.

Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.

Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.

Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.

Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.

Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.

Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.

Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.

Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.

Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.

Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.

Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.

Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.

Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).

Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.

Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.

Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.

Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.

Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.

PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.

Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur....

Monday, August 6, 2012

Video Klip PANAASS..! Rakaman Ahli Parlimen HALAU Isteri Tua Berambus Keluar Dari Rumah.... KEJAM..!!





Kisah sepenuhnya..., klik SINI

Ini Dia Pelajar Malaysia Di Mesir Kena Tipu Dengan PAS Pasal BERSIH 3.0


Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.
“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.

Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.

“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.

Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA

Sunday, August 5, 2012

Video Panas Yang Akan MEMBAKAR Suhu Badan Yb PKR Haram Jadah Ahli Parlimen Kuala Langat....!!


TIK...TOK.... TIK....TOK....!!

Waktu siaran video klip sudah semakin hampir, pasti Yb Haram Jadah akan panaasss! Harap anda dapat sabar menantikan kemunculan video klip ini yea, TUNGGGUUUUU...!

Part 2 Sungai Leleh Pahang - Kerajaan BN Pahang Beri Jaminan

Kerajaan Pahang hari ini memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan apatah lagi mengganggu mahupun mengambil tapak rumah di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Leleh terutama yang membabitkan projek mengeluarkan bijih besi.

Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika ditemui memberitahu, pentadbiran Pahang tidak pernah dan tidak akan menganiaya ataupun mengambil tindakan sebelum mengambil kira kepentingan dan juga kebajikan rakyat.

Setelah Fuziah Salleh Gagal Menghasut Rakyat Pahang Dalam Isu Lynas, Kini PKR Pahang Cuba Serang Kg Sungai Leleh


Tok Batin Sedi Chinak menceritakan, "ada seorang peguam yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) datang menemui masyarakat Orang Asli di sini dan telah memanipulasikan isu pelaksanaan projek bijih besi di Kampung Sungai Leleh".

Saksikan video klip menarik dibawah ini...

Wan Azizah Kena Contohi Betty Lim Guan Eng "Pasang Badan" Supaya Suami TAK Curang.....

Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.

Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.

Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.

Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.

Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.

Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.

Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya.

Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami.

Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih.

Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng?

Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?

Saturday, August 4, 2012

Yb Kuala Langat Kata "Kalau Diberi Pilihan Siapa Saya Perlu Halau.., Saya Akan Pilih Halimah [Isteri Tua]..."

Nampaknya semakin gelap dan hancurlah harapan Halimah Mohd Sahat untuk kembali kepangkuan suaminya, Abdullah Sani wakil rakyat PKR Ahli Parlimen Kuala Langat...

Menerusi portal Malaysiakini, Yb PKR itu membuat pengakuan bahawa sekiranya diberikan pilihan siapa yang akan dihalau dari rumahnya, maka jawapannya ialah Halimah merujuk kepada isteri pertamanya...

Alasan yang diberikan oleh Abdullah Sani menyatakan bahawa Halimah berdegil tidak mahu bermadu untuk menerima Faizah Ariffin [foto diatas] sebagai madunya..!

Bijak sungguh Yb PKR ini melepaskan tengkuknya apabila mengheret juga ibunya sebagai perisai untuk mempertahankan diri... Kunuunnya, Halimah tidak suka kepada ibunya, malah menuduh Halimah tidak senang dengan keputusan untuk Abdullah Sani menjaga ibunya yang sedang sakit ahmar.

Tak masuk akal...!

Mengikut kisah yang diceritakan oleh isteri pertama Yb PKR ini, wanita berusia 48 tahun itu juga mempunyai nilai kasih sayang terhadap ahli keluarganya sendiri. Apa yang diceritakan oleh Halimah beliau pulang ke kampungnya seorang diri kerana Abdullah Sani enggan membuang masa menziarah ayah Halimah apatah lagi menjaga orang tuanya yang jatuh sakit...

Ayuh, mari kita singkap semula sedikit sedutan daripada apa yang telah diceritakan oleh isteri pertama Yb PKR itu sebelum ini;
Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. [full story, klik sini]
Nampak jelas..? Daripada kisah yang diceritakan oleh Halimah beliau sudah kematian ibu, mana mungkin boleh bersikap benci kepada ibu mertuanya..?

Tambahan pula, situasi yang agak serupa dimana ayahnya juga tidak sihat, oleh itu adalah terlalu mustahil untuk wanita ini tidak memahami keadaan ibu mertuanya...!

Terbukti bahawa Yb PKR ini memiliki "ilmu" daripada Big Bossnya Anwar Ibrahim. Ilmi "tai-chi", bijak untuk "divert issue", mengalihkan tumpuan...! Yang sebenarnya, Abdullah Sani yang tidak mahu melayan karenah bapa Halimah yang sedang sakit, TETAPI beliau pusing cerita kembalikan beban itu kepada isteri pertamanya itu.

Tindakan tersebut saling tak tumpah dengan kelakuan Anwar.., dia yang meliwat Saiful, dia yang berlakon dalam video porno China Doll tetapi lihatlah jawapannya.., "ini semua kerja jahat UMNO dan Barisan Nasional..!"

Dalam penjelasan putar belit Yb PKR ini kepada Malaysiakini, beliau menyatakan bahawa isterinya berbohong dalam laporan polis diatas ini.

Sekiranya benar ini semua satu pembohongan, kenapa tidak Abdullah Sani membuat laporan balas bahawa Halimah telah membuat laporan palsu..? Bukankah itu kaedah terbaik untuk membersihkan namanya sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Kuala Langat..?

Game plan Yb PKR ini divert issue dan mengalihkan beban kesalahan kepada Halimah adalah "duplicate character" kepada mana mana pimpinan Pakatan Rakyat..! Malah terserlah sikap HARAM JADAH Abdullah Sani menggunakan persoalan siapa harus dia "halau" dari rumah jika diberikan pilihan samada isteri pertama ataupun ibunya memang tidak masuk akal..!

Seharusnya Yb PKR ini bijak dalam membuat tindakan ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak...

Memang benar syurga seorang anak dibawah tapak kaki ibu, maka Abdullah Sani mengguna pakai helah itu untuk halau Halimah. TETAPI bagaimana pula dengan nasib anak anak mereka..? Bukankah anak anak hasil perkongsian hidup Yb PKR itu bersama Halimah juga perlukan ibu mereka..? Kenapa mahu dipisahkan..? Syurga anak anak Abdullah Sani dibawah tapak kaki Halimah...!

Memetik kata kata sinis Yb PKR itu kepada Malaysiakini, "Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah). Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh,"

Isteri kita boleh cari..? Bukankah Abdullah Sani terlebih dahulu mencari isteri keduanya sebelum krisis ini timbul..?

Tak percaya..? Baca semula disini

Alasan sebenar [basic reason] tindakan Yb PKR Haram Jadah ini kerana Halimah enggan menerima Faizah sebagai madu...

Tetapi diatas "kecerdikan" Abdullah Sani mengguna pakai "ilmu" Anwar untuk divert issue maka ibunya dijadikan lesen mendapat restu penyokong penyokong dan ahlol ahlol tolol PKR menghalalkan tindakan menghalau isteri pertamanya itu.

Sumber-Blog MIK

KRISIS AIR SELANGOR : SIAPA PEMBELA SIAPA PENGKHIANAT ?


Kerajaan Persekutuan telah membuat perkiraan sejak beberapa tahun lalu bahawa Lembah Klang akan mengalami krisis air pada tahun 2014.


Semuanya kerana seperti yang semua sedia maklum setiap hari jumlah penduduk Lembah Klang makin meningkat , perindustrian semakin pesat dan bilangan rumah-rumah juga semakin meningkat.

Menyedari masalah yang akan timbul dan tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu Langat yang dinamakan Loji Langat 2.

Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada PRU 12 tahun 2008. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2.


Bukan setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang bakal berlaku. ...


Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup.

Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua empangan penuh dengan air. Sila lihat di
sini.

Friday, August 3, 2012

Video Klip Panas Yb Kuala Langat HARAM JADAH Sebagai Bukti Beliau Gila Seks Kerana Menikah Isteri Muda

WOW...!!

Dengar khabar berita tidak lama lagi..., iya tak lama lagi akan tersebaarrrlah video panas mengenai perangai, kelakuan sebenar wakil rakyat PKR Ahli Parlimen Kuala Langat, Yb Abdullah Sani.

Yb PKR yang suka maki hamun pimpinan UMNO dengan panggilan HARAM JADAH sekarang mendapat balasan Allah swt secara tunai, cash on delivery apabila sentero Malaya dapat melihat dan menyaksikan pendedahan oleh isterinya sendiri mengenai perangai buruk tahap HARAM JADAH seorang wakil rakyat!

Video klip durasi beberapa minit ini khabarnya bakal diedarkan oleh kumpulan Faekah yang mahu melenyapkan karier politik Mak Lampir si Zuraidah Yb Ampang. Ketika berlaku krisis kepimpinan PKR Selangor, Zuraidah agak lantang menyuruh Setiausaha Politik MB Selangor, si Faekah untuk diam dan tutup mulut!

Tambahan pula Faekah pernah menjadi Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Langat sudah tentu beliau malu dengan kelakuan buruk tahap HARAM JADAH Yb Dollah Sani sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat.

Sepertimana yang telah diceritakan oleh Halimah Mohd Sahat isteri pertama Yb Dollah Sani, sebenarnya Ketua Wanita PKR Zuraidah Mak Lampir memainkan peranan menjadi batu api agar suaminya itu [Yb Kuala Langat] bernikah dengan Faizah Ariffin yang merupakan Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor, disini.
Faekah mewarisi prinsip Wan Azizah terlalu sensitif dengan isu poligami...!!

Waahhhh....!! Semakin menarik drama bentes membentes, tarik rambut dalam kain pimpinan PKR khususnya di Selangor. Baru sahaja sepenggal memerintah kerajaan negeri sudah pelbagai huru hara, haru biru, caca merba.... Bayangkanlah sekiranya memerintah lagi 50 tahun...!

Tak sabar rasanya mahu menonton video klip ini nanti..., sudah pasti Ahli Parlimen Kuala Langat sudah tak keruan, tak boleh tidur malam.., mandi tak basah..! Sama-samalah kita TUNGGUUUUUUUUUUU
...!!

Chegu Bard, Nurul Izzah, Wan Azizah, Faekah, Muslimah PAS Pasti Akan Menitiskan Airmata Sesudah Menonton Video Rosmah Ini....!!



Thursday, August 2, 2012

AMK PKR - Ali Abd Jalil Mahu Sultan Di Malaysia DIHAPUSKAN....!! Kurang Ajaarrr....

Anak muda kelahiran Pulau Pinang berusia 27 tahun ini menyatakan dalam facebooknya bahawa dia mahu UMNO dan Sultan Sultan di hapuskan dari bumi Malaysia ini...!!

Katanya lagi, negara Malaysia ini bukan untuk UMNO dan Sultan seterusnya dengan penuh biaDAP budak hingusan ini menulis "Sultan rasa KEPALA BAPAK depa punya.., kami berani mati..!"

Ali Abd Jalil juga menulis dengan bangangnya " Kami anak muda bangga dengan DAP, DAP tak rasuah...".

Seterusnya, nad boleh baca pada screen shot facebook budak mentah tak cukup akal mengenai sejarah politik tanahair dibawah ini;

Budak hingusan yang mahu jadi biaDAP ini ternyata terpengaruh dengan dakyah Pakatan Pembangkang. Anda boleh lihat sendiri segala kecamannya pada laman sosial miliknya, di http://www.facebook.com/ali.abdjalil

Pada pandangan peribadi Blog MIK, spesis seperti Ali Abd Jalil wajib diberikan tontonan full version uncensored filem TANDA PUTERA

KISAH BENAR - Baca Dan Sebaaarrkaannn.....

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.

PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali...!

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.

Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu...’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.

Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.

Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
  1. 'working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,
  2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta
  3. 'pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.

Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.

Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Wednesday, August 1, 2012