Friday, October 26, 2012

Filem TANDA PUTERA Sudah Kena Sembelih Jadi Mangsa QURBAN Aidil Adha...! Tahniah Lim Kit Siang


Nampaknya filem Tanda Putera yang menceritakan tentang nilai perjuangan seorang tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak berjaya menemui penonton sepertimana yang dijadualkan pada 15 November 2012.

Filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini telah menjadi KORBAN menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha yang disambut esok pagi.....

Berikuta adalah Kenyatan Media dari Shuhaimi Baba;
Kami telah diberitahu bahawa tayangan umum filem Tanda Putera yang dijadualkan mulai pada 15 November 2012 kini dibatalkan. Tarikh tayangan baru belum lagi diterima. Kenyataan ini ekoran kekeliruan berikutan laporan berita berkenaan soal jawab di Parlimen berkenaan filem ini semalam.

Tarikh tayangan baru akan kami umumkan sebaik saja diterima. Kami lihat kemungkinan Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami juga telah dimaklumkan Perunding Media bahawa selepas titik potong (Cut-off point) 23 Oktober 2012, agak lewat bagi sebarang urusan promosi dan pengedaran untuk slot Wajib Tayang 15 November.

Kami amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap filem ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan apabila filem ini ditayangkan kelak.

Kami mohon maaf andainya penundaan tarikh tayangan filem ini menyusahkan atau menghampakan mana-mana pihak.

Terima kasih.
Datin Paduka Shuhaimi Baba


Blog LG secara ikhlas merasakan tersangat kecewa dengan keputusan sebegini rupa...!

Pelik dengan keputusan yang lebih cenderung kepada tekanan juak juak Pakatan Pembangkang yang terlalu takut bangsa melayu akan bersatu semula setelah filem ini berjaya ditayangkan.

Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.

Bersusah payah kedua-duanya Tun Razak bersama Tun Dr Ismail membina semula negara ini setelah peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969... Mereka meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …

JOM baca semula kupasan yang jelas mengenai filem ini dan anda akan faham kenapa spesis seperti Lim Kit Siang menjadi panas sekiranya filem ini menemui penonton...

Sila klik SINI, SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment