Wednesday, September 12, 2012

Keputusan Majlis Syura' Pas Yang Sangat Sangaat Mengecewakan Anwar Ibrahim

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

“Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

Nampaknya, pelan dan strategi Anwar tidak menjadi. Kalau menurut skrip awal, Ustaz Nasha akan menerima nasib sama seperti Hasan Ali. Nampaknya, Majlis Syura masih lagi mempunyai integriti dan tidak mudah dijual beli oleh Anwar/PKR.

Namun, seperti yang dipersetujui, Nasha TIDAK AKAN termasuk dalam senarai calon PRU13. Confirmed. Anwar sudah memberikan ultimatum, jika Nasha diletakkan sebagai calon, PKR akan pastikan calon lain turut bertanding. Ini bahaya pada kesepakatan PR.

Tak kisahlah, buat ketika ini, Anwar terpukul dengan keputusan Majlis Syura.

Blog Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment