Thursday, September 8, 2011

Inilah Jadinya Bila Polis & KDN Tak Tegas... Mat Sabu Lambung Pun Sakan Ubah Sejarah Dalam Forum Malam Tadi....!!

Selepas berjaya menimbulkan isu komunis dan Mat Indera kini Mat Syabun terus mara dengan kegilaannya yang sudah tidak terkawal lagi. Mat Syabun sudah tidak takut lagi untuk membangkitkan sebarang isu walaupun ianya bakal mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada negara sebab kerajaan Barisan Nasional khususnya KDN sudah terlalu lemah dan tidak berdaya lagi untuk bertindak walaupun sudah berlori-lori kertas laporan polis dibuat terhadap Mat Syabun.

Keadaan itu telah memberikan ruang serta peluang yang cukup luas kepada Mat Syabun untuk mempengaruhi mana-mana pihak supaya terpengaruh dengan cerita yang dibawanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekali lagi mencetuskan kontroversi berkenaan Sejarah Kemerdekaan negara dengan mendakwa Tunku Abdul Rahman sudah pasti akan ditolak rakyat jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan bersama pihak British.

Akan tetapi, rakyat Tanah Melayu ada ketika itu akan memilih Burhanuddin Al Helmy untuk memimpin ke arah Kemerdekaan.

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Mat Sabu mendakwa ramai yang tidak mengetahui pada awal kebangkitan era kemerdekaan rakyat lebih menerima Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin berbanding parti-parti lain.

Akan tetapi, pihak British telah mengharamkan kesemua pertubuhan kecuali UMNO setelah
kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan kian memuncak.

Maka kata Mat Sabu, UMNO telah dipilih kerana tiada persaingan parti yang mewakili Melayu
sebelum ini. PAS telah ditubuhkan selepas pengharaman tersebut.

Mat Sabu turut menjulang Burhanuddin Helmy dan Ahmad Boestamam sebagai pejuang sebenar kemerdekaan kerana sanggup dipenjarakan demi memperjuangkan hak orang-orang
Melayu sebagai masyarakat peribumi pada ketika itu.

Burhanudin Al Helmy juga merupakan Yang Di Pertua (kini Presiden) PAS yang pertama ditubuhkan pada 1956 selepas pengharaman PKMM.

Selain Mat Sabu, turut tampil sebagai ahli panel pada majlis malam tadi adalah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.
- KL POS
Kalau isu komunis dan Mat Indera telah mendapat maklumbalas yang begitu memberangsangkan daripada pelbagai pihak, nampaknya Mat Syabun menjadi semakin sangat seronok dan kini beliau meneruskan misi jahanam beliau bersama PAS untuk melaga-laga semua waris keluarga kepada para pejuang kemerdekaan di negara ini.

Sejarah kemerdekaan negara yang sekian lama telah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia kini sudahpun dicemari oleh perbuatan gila Mat Syabun.

Apa lagi fungsi KDN yang sebenarnya di negara ini ? KDN dibawah kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin sudah tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa dalam mempertahankan kedaulatan negara dari diganggu-gugat oleh pengkhianat negara, tidak mampu lagi untuk menyekat kebiadapan segelintir pemimpin-pemimpin yang semakin berani menimbulkan suasana ketakutan dalam kalangan masyarakat di negara ini...

2 comments:

  1. Heran2 dgn KDN ni,..takkan terima ugutan sampul ada peluru terus tak berani ambil tindakkan apa2 kat mat sabun nii... kadang2 aku rasa baik DR M jadi PM blik la,menteri2 la ni kebanyakkan LEMBIK..

    ReplyDelete
  2. Ko tgk muka mat sabu dlm gambar tu. macamanalah normah boleh terangsang....

    ReplyDelete