skip to main |
skip to sidebar
Menteri Umno Buktikan 57 Tahun Lamanya Pas Bodoh...!!
“Mereka mengubah perjuangan... dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Umno sedar perkara ini 50 tahun lalu dan mereka memerlukan 57 mesyuarat untuk menyedari perkara ini. Jadi, anda tahu siapa orang Melayu yang cerdik…..”
LG memang tertarik sangat dengan statement Datuk Seri Nazri Aziz dalm hal nie! Yes! Memang nampak bengong Pas nie, dah 57 tahun baru tawu mereka kena pentingkan kebajikan, lebih2 lagi kalau nak memerintah negara yang berbilang kaum & agama.
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menyifatkan PAS sebagai parti “palsu Umno”, yang sanggup mengabaikan prinsip-prinsip Islam demi kuasa politik.
Anggota Majlis Tertinggi Umno ini berkata adalah lebih baik bagi Umno jika PAS bertindak menawarkan dirinya satu alternatif kepada parti pemerintah, yang sudah pun mempunyai rekod pencapaian baik bagi rakyat.
“Secara jujur, saya risau... mereka akan memberi saingan yang baik dalam pilihan raya jika PAS kekal sebagai parti Islam. Ia merisaukan saya sebab ada elemen dalam masyarakat Melayu-Muslim yang percaya bahawa apa yang dilakukan oleh PAS bagi negara Islam adalah betul.
“Tetapi, jika mereka menjadi macam Umno, maka mudah untuk menghadapi pilihan raya sebab kita ada rekod pencapaian. Jika tidak, akan ada saingan sengit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini pada sidang media hari ini.
Kata Nazri, dengan mengubah idealisme, PAS bukan lagi “istimewa” ketika ia berusaha untuk mempamerkan kedudukannya sebagai alternatif kepada Umno dalam arena politik negara ini.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muktamar Tahunan PAS 2011 yang berakhir semalam juga meluluskan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T”.
Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.
".. Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu),” katanya lagi.
“Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah,” kata beliau.
Nazri juga bersetuju dengan Muhyiddin bahawa Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional, telah lama melaksanakan konsep negara berkebajikan dengan mengutamakan keperluan golongan miskin dan tidak bernasib baik.
“Mereka mengubah perjuangan... dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Umno sedar perkara ini 50 tahun lalu dan mereka memerlukan 57 mesyuarat untuk menyedari perkara ini. Jadi, anda tahu siapa orang Melayu yang cerdik,” katanya lagi.
Nazri juga mengakui bahawa ada kemungkinan sebahagian besar anggota parti itu akan berusaha untuk menggesa agar PAS kembali kepada agenda asal negara Islam.
Katanya, sementara kumpulan progresif diketuai oleh pemimpin popular seperti Mohamad Sabu, mempunyai kelebihan berbanding kepimpinan ulama ketika pemilihan parti, persaingan pelbagai penjuru menunjukkan wujudnya elemen pecah undi.
“Saya melihat anda kena berhati-hati sedikit sebab sebenarnya mereka tidak berubah. Mat Sabu kini pemimpin minoriti dan jika anda campur undi kedua-dua calon (pesaing), anda akan dapat lebih (undi)... undi konservatif pecah,” kata Nazri.
Mohamad menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pesaing Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sumber - Malaysian Insider, please click here
No comments:
Post a Comment