Friday, May 20, 2011

Puad Zarkashi “Sindir” Hishamuddin…?? Macam Nak Kata Hishamuddin Nie Lembab Laaa…!


Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi..."

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun."

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi."

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

Utusan Online…, please
click here

2 comments:

  1. Ado boto jugo cakap si puat tu, bagi Den ini bukan kes sindir menyindir, ini kes yg mesti ingat mengingatkan, kalau tak, lagi naik tocanglaa si DSAI tu....den part ini Den sokong "cadangan" sipuat tu...Hisahmudin kono laa bukak mato sikit dan berani bertindak...jgn takut tak tontu [pasal...

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Inilah yang dikatokan "Wisdom of the three monkey. See no evil, hear no evil, speak no evil"

    Tetapi itu kalau nak jadi kera. Kalau dah jadi menteri - konalah jalankan korja Den

    ReplyDelete