Monday, May 9, 2011

Bengong Punya Pas..!! Kenapa TAK Nak Buat Solat Hajat Untuk Adik Nur Syaza Sakinah..???



PAS sibuk nak buktikan ade konspirasilah kes video sex Anwar Ibrahim… Buat solat hajat berduyun duyun bukan main lagi! Yang nampak kebenarannya bila full version video semakin clear muka Anwar Ibrahim tapi…, makin kuat Pas melalak kata fitnah..!

Kan lebih baik kalau Pas usung Nik Aziz pergi ke Kuala Pilah buat solat hajat 7 hari 7 malam mintak percepat dapat jumpa Adik Nur Syaza Sakinah yang hilang hanyut kat Hutan Lipur Ulu Bendul… Memang sah lah Pas nie jadik alat yang digunakan untuk politik Pakatan Pembangkang! Kalau betul nak perjuangkan islam, inilah peluang terbaik. Letak tepi soal politik, jadi champion isu isu macam nie… Bengong punya Pas!!

Usaha Cari Sakinah Diteruskan….

KUALA PILAH 8 Mei - Jika dihitung detik sejak Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini, ia sudah pun menjangkau enam hari.

Namun, Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba berkata, operasi mencari akan tetap diteruskan sehingga dimaklumkan kelak malah misi itu diperhebatkan hari ini sehingga melibatkan jarak sejauh 15 kilometer

"Tumpuan kita kini di kawasan yang mungkin terdapat pembayang kanak-kanak itu dan kawasan berkenaan akan diperiksa secara menyeluruh oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isteri, Datin Norainee Mohd. Yatib serta Pemuda Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah.

Dalam kejadian Selasa lalu, tiga beradik hilang selepas dihanyutkan arus deras kepala air ketika berkelah di taman rekreasi itu bersama bapa mereka.

Mayat dua daripada mereka, Allahyarham Nur Syaza Alisa, 5, dan Allahyarham Nur Syaza Azira, 4, ditemui sehari kemudian dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban, manakala Nur Syaza Sakinah masih hilang sehingga hari ini.

Menurut Jaafar, pihaknya juga menggunakan kayak menyusuri sungai sejauh lebih 11 kilometer sehinggalah penghujung pertemuan sungai besar.

"Setiap hari, tidak kurang 150 orang akan menyertai operasi ini melibatkan agensi kerajaan dan penduduk sekitar, selain keluarga kanak-kanak itu," katanya.

Kata Jaafar, antara kesukaran yang dihadapi dalam operasi mencari ini adalah halangan rumput dan buluh serta ranting kayu yang terdapat dalam sungai selepas kawasan mandi di hutan lipur itu.

"Pemeriksaan juga dilakukan di kawasan 20 meter dari tebing sungai ke arah darat selain saliran sungai. Pencarian juga akan dibuat berkali-kali dari kawasan kanak-kanak itu hanyut," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, kawasan hutan lipur ini tidak akan ditutup kepada orang ramai.

"Tempat ini selamat dan patuhilah arahan pihak berkuasa jika berlaku kecemasan," ujarnya.

Utusan Online.

No comments:

Post a Comment