Wednesday, April 27, 2011

Mustafa Ali Labelkan Azmin Ali “JAGUH KAMPUNG….” Tanda2 PAS Nak Keluar Tinggalkan Pakatan

LG respect la Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bila dia kata asa “pelik” kenapa Azmin Ali pulak sangat tertekan dan bukannya tuan punya diri iaitu Anwar Ibrahim?

Dalam isu kes video sex Anwar, PAS kata akan buat pendirian lepas habis selesai siasatan pihak polis. Lagi kalut, bila dalam kes liwat Anwar - Saiful Bukhari, pihak Pendakwaraya buat rumusan DNA Lelaki Y sama ‘matching’ dengan DNA Anwar Ibrahim.

Tu la agaknyer buat Azmin Ali naik berang bila dia nampak “signal” negatif yang diberikan oleh Mustafa Ali. Lepas tu Azmin pun attack Musataf Ali melalui media statement dan juga guna twitter.

Untuk tambahkan pedihkan lagi hati si Azmin Ali, Mustafa Ali juga telah melabelkan dia sebagai “Jaguh Kampung “.

Iya…! Perang saudara sudah bermula, tak lama lagi bercerailah nyawa dari badan ~ berpisahlah PAS dari Pakatan…!!

Mustafa Balas ‘serangan’ Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.

Sumber, Utusan Online. Please click here

No comments:

Post a Comment