Wednesday, December 29, 2010

Ha haa..! Ni Dia Bukti Faekah Buat Kerja Pejam Mata....

Macam mane la boleh jadi Setpol MB nie..? Kenaper si Faekah tak buat kerja betul betul..? Kenaper tak check dulu…??

Semalam kat akhbar dah publish statement dari pejabat MB [kerja si Faekah ler..], “sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin berhubung perlantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, esok “

Hari ni, dah keluar news kata, tak jadi sebab Faekah buat kerja tak bukak mata…! Mane ade DYMM Tuanku Sultan dalam negara, dah keluar pegi holiday….

Makan gaji buat Setpol MB nie, yang dia tawu nak buat press statement jer….

Hasrat Khalid Menghadap Tak Kesampaian - Utusan Online

SHAH ALAM 28 Dis. - Hasrat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, mungkin terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang memaklumkan, baginda bercuti sehingga 3 Januari ini.

''Jadi sebarang pertemuan dengan baginda hanya akan berlangsung selepas itu," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Menurut, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Abdul Khalid itu untuk menghadap baginda.

''Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat. Baginda hanya akan kembali bertugas pada 4 Januari ini.

''Jadi mungkin Abdul Khalid boleh menghadap selepas itu," kata beliau.

Tambahnya, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas tuanku memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Semalam, sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin berhubung perlantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, esok.


Read more…, click here

2 comments:

  1. Salam Sis ... hawait sampai 3 articles duk lanyak Faekah si anak dara tua ... WAR OF THE ROSES ke ... HA HA HA

    ReplyDelete