Friday, June 6, 2014

Tengok Dari Jawapan Kak Yammy Nampak Gayanya Umno Tak Akan Pecat.....

Yammy Samat menyerahkan kepada UMNO untuk menentukan kedudukannya sebagai ahli parti itu namun menafikan dakwaan membantu kempen anaknya, Dyana Sofya Mohd. Daud, calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, dia tidak pernah membantu DAP berkempen seperti yang didakwa sebaliknya hanya menemani anaknya atas faktor keselamatan, itu pun hanya pada beberapa ketika menemui pengundi di pasar malam dan pasar pagi.

Katanya, beliau tidak pernah naik pentas untuk berceramah malah DAP sendiri tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

Saya hanya beberapa kali mengiringi anak saya ketika dia berceramah. Saya mengiringi Dyana semata-mata atas sebab saya ibunya yang bimbangkan keselamatannya, apatah lagi anak saya perempuan. “Saya cuma duduk di tepi pentas melihat anak saya berceramah. Bukan semua program dia saya ikut serta. Saya hanya menemaninya pada program ceramah di kawasan pengundi Melayu kerana bimbangkan keselamatannya, itu sahaja, bukannya berkempen dari rumah ke rumah meminta pengundi memilih anak saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata, parti itu meminta beliau menyerahkan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kerana didakwa berkempen untuk Dyana Sofya.

Utusan Online

No comments:

Post a Comment